Petang nanti baru ana dan kawan-kawan blogger PAS nak bergerak ke Kepala Batas. Kena hantar kereta buruk ana servis dulu. Buatnya ada masalah tengah jalan. Susah nanti. Ana dah telefon Ah Seng Mekanik di Batu Caves, dia kata lepas Jumaat baru siap. Cantik lah tu.

Ana puji penganjur dan Jawatankuasa yang dapat melaksanakan program besar di Dewan Milinieum Kepala Batas. Dewan ini asalnya Pak Lah buat untuk dia memerintah Malaysia selama 15 tahun. Sayangnya, Pak Lah pun tak lama pegang jawatan. Selalu tidoq. Sudahnya, kena langgar dengan orang sendiri. Padankan muka.

Ana harap, sempena 60 tahun PAS ini, kita sambutlah dengan hati yang bersih dan muhasabah. Kita ini parti politik. Parti politik. Kita ini wasilah untuk mendapat keredhaan Allah. Hati kita kena satu dan bersetia kepada pimpinan. Jangan main tipu. Jangan nak sedapkan hati pimpinan dan hanya cakap benda yang baik. Jangan anggap PAS ini sebagai parti yang tak boleh buat silap. Kita pun macam orang lain juga. Nafsu ada. Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai masalah.

Ana minta sangat kita satukan hati menyambut 60 tahun PAS ini. Kalau ada duit dan wang lebih, dermalah kepada parti. Jangan kedekut. Kata nakkan sebuah kerajaan Islam yang baik. Kita juga perlu berkorban sebanyak yang mungkin.

Alhamdulillah, kalau ikut atur cara, kita juga akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam program Ceramah Perdana. Elok sangatlah tu. Kita memang nak Anwar terangkan kepada kita apa yang dimaksudkan dia dan DAP menghormati enakmen syariah Kelantan dan Terengganu. Bagi semua ahli PAS dengar. Ini memang suatu kebetulan yang sesuai sangat.

Ana harap dapat cerita-cerita menarik di sepanjang masa di Kepala Batas ini. Seronok juga sekali sekala melawat kawasan mantan PM. Apa dah jadi di Kepala Batas…

Reezal Merican?

Maklumat awal kawan-kawan di Kepala Batas, Reezal Merican akan bertanding di Kepala Batas. Bekas setiausaha pak lah. Banyak kes juga budak mamak ni. Tapi menurut laporan kawan-kawan kita di kawasan, budak mamak ni dah semakin pandai politik. Cekap juga dia. Mula guna masjid dan surau.

PAS kepala batas kena kerja kuatlah. Nak pastikan kita menang di kepala batas.