Ana dan rakan-rakan yang sibuk menunggu keputusan mesyuarat malam tadi mulanya cemas juga. Mahunya tidak, pertengkaran mulut antara Karpal dan TG Haji Hadi kuat sampai dengar ke luar bilik mesyuarat. Karpal mahukan Haji Hadi berperanan sebagai Presiden parti – bukannya orang suruhan Nik Aziz yang tidak ada jawatan parti, Karpal lupa agaknya Nik Aziz adalah Mursyidul Am.

Ana yang duduk di luar bersama kakitangan PAS, pucat lesi muka. Mahunya tidak, buatnya Presiden PAS tinggalkan mesyuarat, tak jahanam jadinya. Rosak peluang kita nak menang Putrajaya. Ana tabik kepada Haji Hadi yang tenang sahaja melayani pertanyaan, keceluparan dan keganasan hujah Karpal. Tenang sahaja Tok Guru. Memang inilah ciri seorang Presiden PAS. Tak mudah nak melompat.

Penyelesaiannya mudah – kita kembali sahaja kepada Buku Jingga. Kita dah setuju dengan Buku Jingga, tak payahlah kita refer kepada pandangan peribadi. Susah jadinya nak jaga parti. Jangan syiok sendiri dalam berparti ni. Nanti jadi macam Zaid Ibrahim, buat apa pun tak jadi. Letih.

Ana nak tabik kepada Anwar kerana telah berperanan baik dalam menyatukan PAS dan DAP dalam isu ini. Anwar memang ada stail sebagai PM. Tenang dan sentiasa sahaja mendengar pandangan orang lain. Tidak tamak dalam memberikan pandangan. Ini suatu contoh yang kita semua kena ikut. Contoh lain yang tak berapa nak elok, tinggalkan. Hehe..

Penjelasan Anwar memang terang. Sementara PKR dan DAP hormat dengan enakmen syariah yang telah dibentangkan di Kelantan (1993) dan Terengganu (2003); ianya perlu disesuaikan dengan Perlembagaan dan Buku Jingga. Memang stail dan macho jawapan Anwar ini. Memang itu pun yang kita kena buat. Janganlah melebih sangat bab hudud ni. Kalau kita tak menang di Pusat, macamana nak buat Hudud di negeri sendiri. Kadang-kadang orang PAS sendiri pun tak faham bab undang-undang ni. Tahunya nak potong tangan ajer. Bukan itu matlamat Hudud pun.

Of wet dream, nightmare and Marty McFly – Art Harun

Pada mereka yang pandai baca orang putih, ana cadang baca artikel Art Harun ni. Bagus. Dia ingatkan orang PAS macam kita, jangan BERAHI sangat dengan Hudud. Jangan dengar perkataan Hudud sahaja terus sampai ‘kemuncak’. Pada Art Harun, Orang PAS yang macam ini hanyalah mereka yang mimpi basah malam sebelumnya. Jangan kita jadi macam itu.

Kita menang Putrajaya dulu sheikh…lepas tu baru kita boleh mimpi yang lebih basah. Amacam…?