Ana secara terus terang tak sabar nak tunggu keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat esok – yang hanya mempunyai satu agenda iaitu HUDUD. Kita sama-sama doakan agar ada keputusan politik yang tepat, dapat diambil oleh jawatankuasa tersebut – bagi memastikan PR akan kekal sebagai kerjasama politik yang kental. PRU dah dekat bang. Kalau kita asyik gaduh sama sendiri, jawabnya kita akan berdepan dengan haluan yang sukar. Jangan tempah maut politik awal sangat.

Ana memang tidak ada kepentingan. Kepentingan ana hanyalah sebagai ahli parti. Ana nak tengok PAS terus kuat dan mendapat kepercayaan rakyat. Tak lebih dan tak kurang. Pada ana, politik ini kenderaan kita melakukan perubahan. Kalau politik kita gagal kali ini, ana rasa kita nak cerita pasal politik pun naik sayu.

Dalam suasana yang macam ini, kita jangan cepat melatah dan keluar ayat yang bukan-bukan. Bawa bertenang. Jangan cepat nak lukakan hati kawan-kawan.

Ini tidak, sikit-sikit suruh keluar Pakatan. Sikit-sikit suruh keluar kerjasama politik. Dah kuat sangat ke PAS ni? Kalau DAP tak bantu undi Cina dan kerjasama di Selangor, boleh ke kita rasa nak pegang jawatan EXCO dan bantu kawan-kawan di bawah? Ada peluang ke?

Janganlah kufur nikmat sangat. Bawa bertenang. Kita bukan sehari dua berkawan dengan DAP ini. Dah lama. Janganlah sebab satu isu, kita nak berlaga angin.

Ana yakin, kepintaran Anwar Ibrahim akan sekali lagi menjadi jambatan kepada hubungan kita. Bab ini ana puji Anwar. Dia memang bijak dan pandai mengawal keadaan. Dia pintar dalam mencari haluan politik. Kalau tak ada isu liwat – ana rasa Anwar memang dah lama jadi PM. Senang PAS nak berurusan dengan Anwar.

Sebagai ahli, kita doakan yang terbaik. Kita harap PR akan terus mantap. Kita doakan PR akan terus jadi platform politik yang terbaik.

Kita boleh selesai masalah dengan cara yang baik. Insya’Allah.

“TEGAKKANLAH NEGARA ISLAM DI DALAM DIRI KAMU, NESCAYA DIA AKAN TERTEGAK DI TANAH AIR MU NANTI”.

Advertisements