Ana berterima kasih banyak, disebabkan artikel ana sebelum ini, mengenai Hudud – ada pemimpin pusat PAS yang nasihatkan ana. Jangan teruk sangat kritik TG Nik Aziz. Tak elok. TG tarafnya tinggi. Jangan nak rosakkan imej TG. Ana akurlah. Ana bukannya orang parti yang tak ada disiplin. Ana ikut. Cuma ana sampaikan juga pandangan kawan-kawan, tidak mahu melihat Pakatan Rakyat tewas disebabkan isu-isu yang patutnya kita letak tepi dulu. Tunggu lepas PRU barulah kita bincang balik. Bukan apa. Takut roboh.

Mungkin ramai yang tak berapa setuju dengan ana, tapi pada ana, strategi penting dalam politik. Bukan boleh main hentam keromo. Kena ada jurus. kena ada buah serang atau pun buah elak. Bab Hudud ini ana rasa kita kena masuk dan pakai buah elak. Tepis sikit. Pandangan sama ana beri pada pemimpin yang marah ana semalam. Terima kasih banyak sebab baca blog ana. Ada juga pemimpin yang baca blog ana ni. Kira oklah juga.

Pemimpin yang sama turut berkongsi pandangan dengan ana, kena banyak membaca buku mengenai Negara Islam. Insya’allah. Ana akan buat.

Pemimpin tersebut hadiah kepada ana buku Mujahid Yusof Rawa. Suruh ana hadamkan. Pun ana akan buat.

Mujahid memang ana suka dan selalu ana jumpa. Memang berbakat besar. Tetapi di mana Mujahid sekarang? Lebih banyak senyap. Kenapa?

Ana diberitahu bahawa dia diarahkan senyap sikit kerana bukunya banyak menentang kepimpinan ulama’. Ana dah baca separuh, tapi tak jumpa Mujahid ant-ulama. Pelik juga.

Ana minta kita sama-sama baca buku Mujahid ini.

Umur parti kita nak masuk 60 tahun. Tapi kalau kita masih bertelagah bab hudud dengan kawan-kawan politik. Payahlah PAS nak pergi jauh.

Advertisements