Perbualan ringkas ana dengan YB Saari Sungib di Hulu Kelang kelmarin memang seronok. YB Saari pernah masuk ISA. Pernah bergelumang dengan kepayahan ISA. Pernah diletakkan dekat dengan sel Ezam Md Nor dan Lokman Noor Adam. Memang pejuang sejati. Memang seorang yang celup ikut mana pun akan bersama dengan perjuangan Islam. Ana memang dah lama minat dengan YB Saari. Pada ana, beliau adalah contoh pemimpin lapis baru yang boleh diketengahkan oleh PAS.

YB Saari memaklumkan kepada ana – dia sendiri tidak sangka Najib Rosmah berani untuk memansuhkan ISA. Macam ada yang tak kena kata YB Saari. Macam ada wahyu yang meminta Najib memansuhkan ISA. Tapi ini bukan wahyu Tuhan. Wahyu yang tak tahu turun daripada mana.

YB Saari mengatakan bagaimana ISA sebenarnya akan terus digunapakai dalam memastikan pembangkang tidak akan bernyawa. YB Saari tak percaya bahawa dua undang-undang yang akan digubal akan menjadi kurang kejam berbanding ISA.

Ana setuju dengan YB Saari. Memang keberanian Mat Jib Rosmah ini memberikan masalah kepada kita. Apa tidaknya, kalau Jib Rosmah berani tukar dengan seluruhnya, apa modal lagi kita nak lawan dengan kerajaan. ISA ini adalah senjata kita. Sekarang sudah dijadikan senjata dia orang. Hampeh punya Jib.

Bayangkan, tak lama lagi PAS dan PKR akan lancar Free Anwar Campaign. Kaedah kita memang semaksimum mungkin. Kita akan lanyak Najib, Muhyiddin, Rosmah, Hisham, Hakim, (Agong) kalau perlu. Kita akan lanyak sehabis mungkin. Tak ada simpan punya. Kalau tak pakai ISA – apa undang-undang dia nak pakai? Pelik…tetapi itulah yang akan berlaku.

Takkanlah Jib nak risikokan kerajaan mereka dengan korbankan ISA? Pelik?