Mat Sabu memang layak diangkat sebagai pemain terbaik (politik) PAS setakat ini. Memang layak dan wajar diangkat perwakilan sebagai Timbalan Presiden PAS. Disebabkan dia seorang, huru hara UMNO, kepimpinan, sistem pendidikan, subjek sejarah, pemahaman kemerdekaan dan sebagainya. Memang dahsyat kesan kebijaksanaan Mat Sabu. Menteri Pelajaran pun hilang ‘teloq’ nak berdebat dengan Mat Sabu. Kecut perut. Walaupun Abang Din punya perut yang besar. Tetap kecut juga. Hehe…

Memang ada ahli PAS yang mengecam abang mat. Kata abang mat macam-macam. Tapi pada ana, inilah karakter Timbalan Presiden yang kita nak. Agresif. Berani. Celupar. Ganas. Street fighter. Bukan imej intelektual tapi tak ada semangat juang. Bosan. PAS kena bawa imej kental. Baru kita boleh lawan dengan arus.

Setakat ini, kalau ikut analisa umum ana, kita menang isu komunis dalam segala segi. Kita menang sebab UMNO tak bijak nak gunakan isu. Mereka nak jaga undi Melayu, tapi undi Cina memang confirm hilang lesap. Mereka patut tengok bagaimana orang Cina seronok peluk Mat Sabu di kawasan ceramah. Mereka bangga dan seronok ada pemimpin PAS macam Mat sabu. Matlamat kita tercapai.

Sebenarnya, isu bukan pasal komunis pun. Isunya adalah UMNO memang alat penjajah buat sekian lama. Jangan la nak tipu dan kencing rakyat.

Rakyat dah bijak.

Sekarang ni, kita kena tumpu kepada usaha fahamkan pengundi di bawah apa sebenarnya yang UMNO takut sangat dengan Mat sabu. Bukan pasal komunis. Tapi UMNO takut modal mereka hancur boncai. Itu yang takut sangat.

17 September 2011 (Sabtu)

Program 1)

12.00 – 4.00 ptg – Salam Aidilfitri di Bukit Tengah, Bukit Mertajam

Lokasi: Dataran Sungai Semilang,  Juru, Bukit Mertajam

Program 2)

7.15 – 8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – “Demi Rakyat”

Lokasi: Stadium Bandaraya , Pulau Pinang

Penceramah:

1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2.      YAB Lim Guan Eng

3.      YB Karpal Singh

4.      YB Dato’ Husam Musa

16 September 2011 (Jumaat)

Program 1)

7.00 – 9.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Skudai

Lokasi: Kelab Rekreasi Taman Universiti, Skudai

Tetamu:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Dr Boo Cheng Hau

5. YBhg Haji Zulkifli Ahmad

——

Program 2)

8.00 – 11.00 malam – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi: Restoran Pekin, Taman Sutera Utama, Skudai

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Lee Boon Chai

5. YB Chang Li Kang

6. YBhg Jimmy Puah

—–

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Pasir Gudang

Lokasi: No 2, Jalan 9/14, Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang

Tetamu:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YBhg Dr Hj Mahfodz Mohamed

4. YBhg Dr. Ahmad Faidi

5. YBhg Hassan Karim

Kita maklum dan ambil maklum bahawa pengundi Johor masih benci dengan Mat Sabu. Sebab itu nama Mat Sabu kena pinggir dalam ceramah awal PR di Johor. Abang Mat jangan risau. Lepas ni turun semula. Beri Anwar Ibrahim cuci sikit pemikiran orang Johor yang kurang terbuka dengan pembangkang. Lepas Anwar cuci pemikiran orang Johor, Mat Sabu boleh turun semula dan buat check mate di Johor. Kita akur dengan arahan Anwar. Sekali sekala kena follow arahan boss PR.

Mereka nak kaitkan kita dengan komunis, tak jalan punya. Itu kerja bodoh.

Advertisements