Ana rasa naik angin apabila ada kononnya pemikir politik PAS yang mencadangkan TG Nik Aziz letak jawatan seberapa segera sebagai MB Kelantan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Kelantan akan kalah kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. TG yang masih ada dalam kerajaan kelantan adalah liabiliti kepada PAS. Tok Guru sudah tida punya aura pemimpin yang bersih, zuhud dan dihormati.

Mana punya analisa-lah ni? Macam tak sekolah. Apakah ada jaminan kalau TG Nik Aziz letak jawatan kita akan menang besar? Siapa yang berani jamin. Pada ana, semua analisa yang tak cukup masak seperti ini hanya berniat nak merosakkan parti.

Selidik punya selidik, ini semua kerja orang yang tak cukup waras akalnya. Tak cukup. Ibarat kata macam intelek cap ayam lah. Tak cukup sekolah.

Apakah mereka ini tahu kalau TG letak jawatan akan menyebabkan PAS kelantan kacau bilau? Apakah mereka tahu kalau TG letak jawatan UMNO akan lebih suka dan berkokok? Apakah mereka tahu ini semua kerja UMNO yang nak tengok kita berpecah belah? Apakah mereka tahu bahawa Tok Pa memang harap sangat nak tengok Tok Guru tidak lagi memimpin Kelantan? Tahu tak?

Mereka ini patut pergi majlis hari raya PAS dan tengok bagaimana tarikan TG Nik Aziz kepada hamba rakyat. Luar biasa. Salam, cium tangan. Hormat, tanya khabar. Ini semua sumber kekuatan. Bukan kelemahan. Malahan, berapa ramai yang mendoakan TG terus sihat dan memimpin Kelantan. Ana dah kata, berapa ramai ahli UMNO yang turut hadir dan cium tangan Tok Guru. Mereka sendiri mengaku ahli UMNO. Bukan kita yang buat cerita.

Soal TG adalah membawa untung atau rugi kepada parti ini soal lain. Kerja Tuhan. Ini tahap nak mendahulukan Tuhan agaknya.

Ana minta dan raya ahli jamaah kita supaya lebih hati-hati dalam membuat kenyataan. Jangan main ikut dan sahaja.

Advertisements