Ana nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang menjadi Jawatankuasa mengendalikan rumah terbuka PAS semalam. Program baik. Semuanya tersusun dengan molek dan murni. Biasalah…kita parti Islam, bukan macam UMNO, kita jaga bab salam dan bergaul lelaki perempuan. Kalau rumah terbuka UMNO – lebih kurang macam pesta Zina. Wanita UMNO dan Puteri UMNO sama sahaja naiknya. Salam. Gurau senda lelaki perempuan. Semua dah macam tak ada undang-undang Islam. Aurat jauh sekali.

Yang kita pelik, parti sama juga yang bercakap bab moral. Pii rah…ini semua lakonan.

Hari ini, menggila  blog pro UMNO sebarkan percakapan sex antara Mat Sabu dan Normah. Betulkah itu Mat Sabu? Betulkan rakaman itu wujud? Betulkah itu bukan lakonan sama sendiri orang UMNO? UMNO tak ada upah orang buat suara macam Mat sabu?

Ini semua permainan politik yang semakin kotor dan tahap bangsat. Mereka ini main politik macam tak ada Tuhan. Semua dia langgar ikut suka hati.

Ana puas hati, dalam tinjauan singkat yang ana buat di majlis tersebut, cukup ramai orang Gombak yang datang. Orang UMNO Gombak pun ramai datang. Siap cium tangan TG Presiden sekali. Ada yang kata, kali ini PAS patut tanding di Gombak semula. Ini semua selepas mereka dengar Azmin nak pindah ke Lembah Pantai.

Ini pandangan orang ramai. Ana rasa patut juga PAS kaji. Kalau betul Azmin Ali nak pindah ke Lembah Pantai, Gombak memang patut dikembalikan kepada PAS. Nampak potensi kita lebih cerah nak menang dengan lebih besar. Kita dah kaji calon UMNO – kalau setakat anak Omardin Mauju Lincah; kita rasa kita boleh menang mudah. Manakan tidak, anak Omardin ini tidak diterima di kalangan orang UMNO sendiri. Ada yang bisik dengan kita – anak Omardin ini gunakan bajet RM4juta PM untuk kepentingan sendiri. Buka opis khidmat rakyat – tapi tak membantu pun.

Ana antara orang yang paling gembira kalau Gombak kembali kepada PAS. Memang layak. Memang wajar.