Ana kadang-kadang jadi kesian dengan cucu Dato’ Onn ni. Dia dah buat macam-macam cara nak tunjuk jantan. Hunus keris pun nampak macam pompuan. Minta maaf cakaplah. Ada ketika anak bangsawan ni memang tak boleh berlakon nak jadi pendekar. Sumbang jadinya.

Senyum meleret ke telinga. Sengih. Nak buat muka tegas, tapi jadi macam badut pun ada. Kesian.

Kita cabarlah cucu Onn ni ambil tindakan kepada Mat Sabu. Ambil kalau berani. Kalau nak tengok PAS berarak ke rumah Menteri KDN yang longlai tu. Cuba buat.

Cucu Onn yang dah jadi ‘Off’ ni sebenarnya cakap sahaja pandai. Dulu bab Namawee dia jugak yang sembang bukan main tegas. Nak ambil tindakan lah. Nak buat itulah. Nak buat inilah. Sudahnya…Namawee anak Cina yang hina lagu Negaraku tu…hidup tegak dan berbahagia lagi.

Ana nak tergelak pun ada. Apa tindakan KDN dan Menteri Lemah Longlai kepada Namawee? Ada tindakan? Salahkan Pejabat Peguam Negara? Taktik pondanlah…

Kita kadang-kadang peliklah dengan perangai Menteri ni…tak pandai….tapi berlagak macam pandai. Sudahnya buat keputusan yang memang tak bijak.

Namawee sudah keluar dengan filem baru Nasi Lemak 2.0. KDN tak perasan agaknya Nasi Lemak 2.0 (mempunyai mesej Bersih 2.0). Lebih ana pelik, dengan mesej yang anti kerajaan – BN boleh lulus filem bodoh ni SEBULAN yang lalu!!! Tak ke….

Tahniahlah KDN…dan Menterinya….teruslah menjadi kurang bijak. Kami suka….