Tuduhan Khalid Samad bahawa ada konspirasi nak membenam MB Selangor ini – pada ana amat berat. Ana bukan tak percaya, tetapi agak sukar sedikit nak dipercaya. Sebab? Sebabnya ana kenal dengan Adzib Isa ini lama. Bukan baru. Pada yang kenal Adzib Isa, dia ini adalah seorang pekerja kerajaan yang taat dan patuh. Tak banyak cakap. Selalu rujuk kepada prosedur dan peraturan kerajaan. Masa zaman Khir Tuyu…Adzib ada juga didesak untuk buat itu dan ini. Tapi dia diam, dan selalu mengingatkan Khir bahawa sebagai pegawai tinggi kerajaan, ada perkara yang dia tak boleh ikut arahan Khir Tuyu.

JAIS ini bukan berdiri sendiri. Dia adalah sebuah agensi yang diletakkan secara langsung di bawah kuasa Sultan. Jangan memain. Kalau ada tuduhan bahawa JAIS merancang usaha menjahanamkan MB – ianya tidak boleh berlaku tanpa pengetahuan Duli Tuanku. Bab ini ana memang tahu benar.

JAIS-MAIS-Duli Tuanku ini adalah hubungan yang selari dengan matlamat Perlembagaan Negeri Selangor. Bab ini, ana cadangkan, kita jangan usik dan permainkan. Menuduh ada konspirasi ini melibatkan banyak pihak. Buatnya Duli Tuanku Sultan murka…tak ke naya kita?

Ana cadangkan JAIS percepatkanlah siasatan kes murtad tu. Selesaikan cepat. Jangan bertangguh. Kita pun nak tahu kebenarannya juga. Susah juga kita nak jawab pertanyaan2 wak-wak di Sekinchan, Sabak Bernam, Tebuk Mufrad. Sg hj Dorani bila bertanya bab murtad ini. Mereka tanya kita. Takkan nak cakap masih siasat. Berapa lama?

Bab Khalid Samad ni…ana pun tak rapat dan kenal sangat dengan dia. Ana lebih rapat dengan Hassan Ali. Malaslah ana nak komen. Takut berat sebelah.

Tapi, pada ana, tuduhan bahawa ada konspirasi nak jatuhkan MB Selangor ini adalah melampau sangat. Jangan kita nak cakap sesuatu yang tidak ada. Kita orang PAS. Parti Islam. Kita tak boleh menipu dan buat cerita. Jangan nak libatkan orang lain.

Khalid Samad patut tanya diri sendiri…apa kelemahan dia? Apakah dia sombong? Apakah dia berlagak tahu semua perkara? Apakah dia erdogan? Apakah dia lebih sayang Anwar daripada Tok Guru? Apakah dia gagal menggunakan abangnya untuk kepentingan PAS? Semua ini Khalid samad kena tanya dengan jujur. Muhasabah diri. Jangan suka nak salahkan orang lain.