Ana baru balik dari Alor Setar pagi tadi. Sempat jumpa dengan pimpinan PAS Kedah semalam. Seronok bercerita mengenai pilihanraya. Macam-macam pandangan. Tapi pada ana, secara keseluruhannya nampak sangat selesa dan menjanjikan kemenangan. Ada yang kata, akan menang dengan mudah. Ada yang kata, kalau MB tak payah turun kempen pun – PAS masih menang Kedah. Tahap tu keyakinan yang ada di kalangan rakan-rakan kita di Kedah.

Ana tanya, apa alasan yang menyebabkan mereka terlalu yakin.

‘UMNO….dah busuk’. UMNO dah rosak sampai ke akar. Ini jawapan mereka.

Rupa-rupanya, banyak isu dalaman UMNO yang sudah menjadi pengetahuan di kalangan kita. Banyak. Ada isu Ketua UMNO Bahagian ‘kaki tadah bontot’. Paksa driver untuk menujah punggung dia. Ana tidak cakap kosong. Ana lihat sendiri laporan Polis yang menunjukkan bagaimana driver Ketua Bahagian itu kata dipaksa memasukkan zakar ke dalam dubur bossnya. Masya’Allah. Ini sudah jadi rosak. Yang kecoh isu liwat Anwar belum selesai – rupanya UMNO ada lagi kes bontot. Berat. Memang budaya UMNO agaknya main bontot?

Itu sudah satu Bahagian. Ada berapa DUN bawah tu.

Kemudian timbul pula cerita Ahmad Lebai Sudin. Ana diam dan senyum. Ana kenal lama sahabat ni. Memang nampak macam pandai. Tapi…

Ahmad Lebai Sudin adalah punca kepada masalah UMNO di kawasannya. PAS di kawasan Ahmad Lebai Sudin pun dah mula gerakkan jentera di bawah. Bila sebut nama Ahmad Lebai Sudin dengan orang kampung – yang meludah pun ada. Hakkkk tuiiii……menyampah habih.

Belum masuk Bahagian Sungai Petani…pun caca marba. Belum masuk Bahagian Padang Terap….hancur. Belum cerita pasal Merbok….kelam kelibut.

UMNO nak menang Kedah macamana? Memang dah jadi rezeki kita memerintah Kedah lagi 5 tahun…

Ana cukup seronok dengan petugas parti di Kedah. Mereka tahu cerita dalam kain UMNO. Mereka tahu semua cerita di kawasan. Inilah contoh kalau kita nak menang, baru ada kesungguhan. Bukan cakap sahaja macam UMNO Pahang.

Advertisements