Salam idulfitri. Ana nak tergelak pun ada bila berhari raya di Kampung Sungai Raya, Muar Johor baru-baru ini. Ana duduk berbual dengan kalangan TOTOK UMNO dalam kawasan tersebut. Mereka dok mengata bagaimana Mat Sabu sudah menempah maut politik PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka kata, PAS akan dapat sifar undi daripada Melayu Johor yang dikatakan taat dan setia kepada kepimpinan UMNO selama ini. Ana senyum. Kopiah ana pun nampak ana memang orang PAS. Nak buat macamana, isteri ke-2 ana memang orang Sungai Raya. Terpaksa lah ana dengar cerita dongeng orang UMNO di kampung ini.

Mereka kata, Bukit Kepong itu adalah lambang perjuangan UMNO yang sebenar. Ana tanya mereka, ‘ apa ketua kampung orang UMNO buat pada waktu Bukit Kepong diserang?’. Mereka diam. Ana terangkan, Ketua Kampung Bukit Kepong (Ketua UMNO lah tu) pada waktu itu masuk hutan sebab takut mati. Orang kampung (orang UMNO)lah tu tertipu dengan bunyi mercun orang Cina yang disangka bukan bunyi peluru. Sudahnya, habis Balai kena bakar dek penentang penjajah. Apa niat Mat Indera yang belajar dan berguru dengan ayahanda TPM? Sorang pun tak boleh jawab.

Lawak lah orang Johor ni. Bangang tak bertempat. Kalau nak sayang bangsa pun, janganlah diperbodohkan oleh sejarah. Manakan tidak, Ketua Kampung (Ketua UMNO) adalah antara orang paling awal yang meninggalkan medan perang di Bukit Kepong. Lari masuk hutan. Kalau tak percaya, boleh tanya dengan waris mereka yang bersepah ada di Panchor, Pagoh, Lenga dan Bukit Pasir. Mereka pun malu nak mengaku bahawa ayah/tok mereka lari meninggalkan medan perang sebab takut mati! Itupun mereka tak tahu sejarah.

Pada ana, apa yang Mat Sabu sampaikan itu memang bijak dan berpandangan jauh. Sejarah kita dah tak boleh nak diselarikan dengan cerita kononya UMNO sahajalah yang menjadi pejuang negara. Ini bukan cerita sejarah. Ini cerita karut.

Pada ana, memang Mat Sabu ini bijak dan hebat. Dia pandai cucuk isu. Terus UMNO melompat macam beruk.

Ana suka bila MENANTU PAK LAH terkinja-kinja nak debat dengan Mat Sabu. Konon nak bogelkan Mat Sabu. Kita tengok siapa yang kena bogel. Mat Sabu atau Ketua Pemuda UMNO.

Kalau setakat Mat KJ yang datang….memang punah lah UMNO.

Kecoh cerita di Muar/Pagoh ramai calon UMNO akan bertukar tempat. Ana diam sahaja. Ini semua lambang ketakutan. Kata PAS akan menempuh maut politik – tapi mereka tengok tak sambutan ceramah Pakatan Rakyat di Simpang Renggam? Puluhan ribu orang turun. Nak kata PAS akan kalah? Ana cadang mereka semak semula fakta. Jangan main cakap sahaja.