Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyahut gesaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar buku Konsep Asas Negara Berkebajikan terus dipercambahkan perbincangannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan komitmen Dewan Ulamak PAS Pusat untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS itu.

“Insya Allah kita akan memastikan agar seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan pandangan dan agama memahami hasrat PAS untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang lebin mapan dan jitu serta berbeza sekali dengan Negara Kebajikan bawaan barat,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa menjadi keutamaan Dewan Ulamak untuk mempelopori usaha penerangan tentang Negara Berkebajikan.

“Kita, insya Allah akan berusaha memastikan agar buku Tuan Guru Presiden ini akan didiskusikan di seluruh negara, insya Allah kita akan menggerakkan Dewan Ulamak setiap negeri untuk merealisasikan hasrat ini,” ujar beliau lagi.

Ini adalah petanda baik – Dewan Ulama tidak lagi menjadi badan yang pasif dan hanya bertugas setahun sekali. UMNO memang banyak kali kutuk kononnya Dewan Ulama’ PAS ini macam Tok Imam Kampung. Duduk diam dan tidak berada dalam arus politik.

Kali ini puak UMNO akan kenal dengan fungsi Dewan Ulama’ PAS yang sebenar. Mereka akan turun  ke bawah dan sama-sama membawa dasar Negara Berkebajikan.

Dr Khairuddin Aman Razali ini bukan calang-calang ustaz. Top class. Ulama’ UIA. Kalau dia sendiri dah bercakap mengenai Negara Berkebajikan; dengan lunas Al-Quran dan Sunnah, jawabnya UMNO akan ghuyub. UMNO mana ada kepakaran bab-bab ini. Setakat Brigadier jeneral yang ada tu, kita yakin tidak akan ke mana.

Advertisements