Ana kadang-kadang kesal juga dengan jemaah kita yang mudah sangat nak ambil penceramah. Asal dia boleh tibai gomen, kita ambil. Asal dia boleh belasah orang, kita ambil. Asal dia boleh hina pemimpin sikit-sikit, kita ambil. Sudahnya, nama PAS juga yang terpalit kotor. Orang marah. Orang jadi tak respek kepada parti.

Ana harap sangat, kalangan mereka yang mendokong parti ini agar hati-hati sikit bab pilih penceramah. Jangan rosakkan parti sendiri. Kes di TTDI Jaya ni adalah contoh. Ana tak ada masalah peribadi dengan Ustaz Ali Setan (Azmil). Tak ada. Ana suka dia sebagai seorang pendakwah. Tapi nak mengangkat Ali sebagai penceramah utama parti, kita rasa perlu difikirkan semula. Ana dah tengok ceramah sejam suku Ali Setan. Ana pun rasa tak sedap.

Dahla tercungap-cungap. Mesej yang disampaikan terlalu kasar gamaknya. Gamaknyalah.

Dia sentuh pasal SPB YDP Agong ikut suka. Bukanlah ana kata tak boleh nak kritik. Tapi Agong ini pada ana – janganlah kita sentuh sangat. Ana dah ulang banyak kali. Masalah kita dengan pengundi Melayu kalau celupar sangat bab Agong ni. Kena tenang sedikit.

Sebab itu ana pernah tulis – kita jangan kecam Agong dengan melampau sangat. Nanti orang Melayu akan hilang respek kepada PAS. Susah.

Kita jangan mudah sangat nak angkat individu sebagai USTAZ. Jangan…takut kalau mereka tak menjiwai perjuangan PAS, mereka tak faham strategi politik. Rosak kita nanti.

Penceramah sama pun cakap pasal Melayu BODOH dan sebagainya. Apa ke halnya? Janganlah hina orang Melayu sampai macam itu sekali.

Ana nak cadangkan, PAS Pusat wujudkan pengkalan data penceramah yang sesuai. Jangan ikut suka. Jemaah perlu check dengan PAS Pusat, siapa-siapa yang boleh layak diangkat sebagai penceramah. Wajib. Barulah mudah.

Advertisements