Rakan ana, seorang ahli PAS kawasan KAPAR menyatakan bagaimana dia mendapat derma UMNO sebanya RM300 kelmarin. Majlis dilakukan bersama dengan PM dan Dato’ Rahman Palil, ADUN Sementa.

Dia kata, hebatnya UMNO Kapar adalah tetap meletakkan namanya sebagai penerima walaupun tahu dia adalah petugas pilihanraya PAS kawasan buat sekian lama. Dengan selambanya, orang UMNO memasukkan nama dia dan keluarga; kebetulan memang orang susah dan mempunyai 7 anak. Bayangkan, strategi UMNO stail macam ini memang bahaya untuk kita di kawasan. Jangan kita ambil mudah bila UMNO sudah mula mendekatkan diri dengan orang kita; sewaktu berdepan dengan hari raya ini. Boleh terbalik jadinya.

Kawan ana beritahu, pimpinan PAS Selangor kawasan ada turun minggu lalu. Tak sumbangkan apa-apa, banyak cerita politik mengenai kes gereja. Pemimpin tersebut heboh mengatakan tidak ada kes murtad di Selangor. Burukkan pemimpin UMNO setempat.

Tapi, kawan ana tanya ana, mana pergi peruntukan bantuan kemasyarakatan parti PAS? Mana pemimpin PAS yang bawa gula barang sekilo, minyak barang sebungkus, beras barang seguni, garam barang segenggam kepada rakyat? Mana? Ana diam dan tidak membalas soalnya. Ana katakan pada dia, kita bukan kerajaan di Selangor. Yang jadi kerajaan adalah PKR. Tapi kawan ana tersebut jadi marah dan tuduh ana seperti tak sekolah. Pulak…

Dia kata, kalau dulu waktu pilihanraya PAS, PKR dan DAP adalah satu. Kenapa sekarang berubah. Ana diam lagi.

Ana nak sampaikan kepada kepimpinan PAS agar turun ke bawah dengan lebih kerap dan bantu ahli kita. Jangan biar ahli kita terus terima budi UMNO – takut nanti mereka seronok dan lupa dengan PAS. Kita mintalah MB Selangor jangan memilih pemimpin dan penyokong PKR sahaja nak dibantu. Kena adil. Kalau boleh. berilah bantuan mana yang patut kepada rakyat. Inilah masanya kita nak menarik perhatian rakyat dengan kemampuan kita.

Kita cerita berdegar-degar nak tambah tanding 20 kerusi di Selangor. Pada PRU 2008, kita memenangi lapan kerusi Dun dari jumlah 15 kerusi yang kita tandingi.  Lapan kerusi yang dimenangi PAS ialah Meru, Sijangkang, Gombak Setia, Cempaka, Lembah Jaya, Selat Klang, Bangi dan Ulu Bernam. Orang kita sendiri bertanya, mana agenda bantu rakyat di lapan-lapan kerusi yang kita menang ini?

Orang kita sendiri merintih dan meminta-minta dari orang UMNO. Sudahnya…takut orang ludahkan kita nanti. Berjuang-juang juga, tapi kalau sampai dapur tak berasap….apa ke halnya???

Bak kata rakan ana dari Kapar…TENGOK GAMBAR TUAN GURU SAHAJA TAK KENYANG SHEIKH!!! Bunyi kasar…tapi itu suara hati dia…