Ana malas nak cakap kalau orang kuat parti sendiri sudah selalu sangat ada dalam muka depan Utusan. Penat kita melawan di bawah. Pemimpin muda kita sibuk nak dapat glamer diri sendiri. Buat kenyataan yang kadangkala lari sikit daripada pandangan rasmi parti. Nak jadi apa? Nak buktikan diri hebat? Nak jadi pejuang kepada orang lain?

Ana tahulah, memang banyak blog UBN yang dah keluar senarai nama mereka yang ada dalam majlis di gereja. Banyak. Bagi nama sebab apa? Kononnya nak buktikan bahawa semua mereka memang dalam perjalanan nak jadi murtad. Letih. Kalau dapat senarai nama sahaja dah percaya.

Ana nak nasihatkan Ketua Pemuda PAS supaya jangan galak sangat masuk Utusan Meloya. Kalau galak sangat, baik umum keluar parti. Jangan dahului imam. Kalau sudah tak percaya dengan ketua, buat parti sendiri macam Zaid Ibrahim. Senang. Sendiri tokey, sendiri macai, sendiri peon, sendiri bikin. Ana dah pesan banyak kali, termasuk sms kepada Ustaz Nasaruddin supaya ikut disiplin parti. Jangan ingkar. Tapi jenis orang muda yang tak faham erti perjuangan – dia nak buat hal sendiri. Ikut awoklah Ustaz.

Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tak mahu lukakan hati pengundi. Ana dah terangkan dulu, PAS kalau nak menang lebih baik – mesti mendapat sokongan orang Cina/India, pendek kata semua non-muslim. Kita banyak tumpang DAP bab ini. Tapi kalau dah kita sibuk nak berperang dan berjihad sangat; andai kata berita tak betul – nak gostan macamana? Nak gostan macam Ezam yang kata dia main ilmu ‘mantik’? Konon dia cakap sekadar perbandingan sahaja? Kan nampak bangang tu.

Jangan galak sangat nak masuk muka depan sampai hancurkan parti sendiri. Mana kesetiaan anta wahai Ustaz? Mana?

Kita jangan galak sangat nak desak itu dan ini, sedang diri kita pun tak banyak nak membantu parti. Minta maaf cakaplah, mana blogger muda-muda dalam PAS? Mana? Terpaksalah ana yang dah separuh abad nak berjuang sama. Tapi bila Dewan Pemuda nak main desak-desak; ana pun pandai naik angin.

Atau Ustaz sudah nampak cahaya di hujung terowong? Cahaya RM…kita pun nak tahu berapa banyak?