Seorang rakan ana dari Patani hantar sms menyatakan keseronokan mereka mempunyai PM baru yang cantik jelita. Suka sungguh dia menyatakan bahawa nasib umat Islam di Selatan Thailand akan menjadi lebih baik apabila Yingluck berkuasa. Nampak Yingluck bersungguh nak memperbaiki hubungan Bangkok dengan Wilayah Selatan Thailand. Ini katanya akan membawa banyak perubahan kepada sekolah-sekolah pondok, dan syiar Islam di Selatan Thailand.

Ana ucap selamat kepada dia. Anak Thailand yang banyak mencurah bakti membantu PAS di Kelantan selama ini. Banyak yang dia bantu. Kerja depan tabir. Kerja belakang tabir. Mereka ini hanya tahu tentang meletakkan sebuah parti Islam sebagai parti utama di Malaysia. Patriotiknya dia mengalahkan orang Malaysia. Menyanyi lagu Negaraku pun boleh bergenang air mata. Hairan ana. Ada juga anak Thailand yang macam itu.

Nampaknya, Yingluck ini sudah memberikan aura baru kepada politik Thailand. Semangat bangsa Thai jadi lain macam. Seronok bukan main.

Ana nak kaitkan dengan keperluan PAS juga mengenengahkan pemudi PAS di landasan politik yang lebih tinggi. Kita ni bab marketing politik memang lemah. Tengok PKR, Izzah yang tak reti apa mengenai politik pun dah cepat matang. Sudah pandai bercakap dan berdepan dengan isu. Macam inilah kita nak.

Ana nak cadangkan PAS buat usaha menarik pemudi-pemudi berpendidikan tinggi menjadi tukang market PAS for All. Jangan beri kepada yang dah tua. Cari yang muda sikit. Kedepankan dan beri peluang bercakap pasal parti. Beri peluang jumpa media. Buat kerjasama dengan UIA, dan mana-mana Universiti bagi melahirkan kumpulan pemudi PAS yang lebih aktif. Kena buat sekarang. Jangan tangguh.

Cuba bayangkan kalau ada seorang gadis yang jelita bertudung, bercakap mengenai PAS dan pejuangan. Rasa segar sikit nak berjuang rasanya.

Kita minta Muslimah PAS usahakan kaderisasi yang lebih mantap. PKR pandai bab ini. Dia kedepankan anak-anak dara yang cantik-cantik. Barulah anak muda semangat nak berjuang dalam PAS. Cubalah…mana tahu PAS dapat jumpa ‘Yingluck Muslimah’….

Advertisements