Ana rasanya dah ulas mengenai pendirian politik yang sepatutnya PAS ambil dalam isu gereja. Pendirian politik. Ini belum lagi pendirian agama yang sebenar. Pendirian politik mesti kita beza dengan pendirian kita mengenai Islam. Jangan kita samakan. Masalah dengan orang PAS, dan sebahagian besar orang UMNO – kalau BAB ISLAM, PAS tak boleh nak pusing-pusing. Kena straight. Jangan nak pusing keliling belukar. Sebab itu ana kata, kita tak faham bab strategi politik.
UMNO memang sedang bertepuk gembira dengan apa yang berlaku di Selangor. Memang dia orang tengah seronok. Apa strategi UMNO? Bila jumpa dengan puak gereja; dia akan kjata PAS adalah dalang di sebalik tindakan JAIS. Bila jumpa orang Melayu; dia akan kata PAS dah tak pentingkan Islam. Bukan kita tak tahu strategi ini. Dah biasa.
Sebab itu ana selalu ingatkan, kita kena pegang pandangan kepimpinan parti bila sampai bab ini. Jangan nak keluar daripada saf. Kita kena setia dengan perjuangan.
Ikhlas ana nak tanya, relevankah lagi kita nak bercakap pasal PERANG SALIB dalam abad ini? Relevan? Pada ana, tak relevan langsung. Kalau seseorang itu nak terpengaruh dengan ajaran Kristian; dalam website sahaja mereka boleh cari. Tak perlu masuk gereja pun. Habis tu, apa tindakan kerajaan persekutuan? Apa tindakan Rais Yatim? Apa tindakan MCMC? Ada tindakan? HARAMMMMMMMMM…..
Sebab itu, ana rasa kita kena fokus kepada POLITIK. Inilah kenderaan dan alatnya. Apabila kita dah berada di tampuk kuasa – mudah kita nak berdepan dengan segala masalah ini. Tak ada isu. Kita akan laksana segalanya menurut peruntukan undang-undang. Kita perteguhkan undang-undang syariah.
Perang Salib pada ana, dalam abad baru ini berlaku setiap masa. Tak payah minum Holy Water pun kita boleh tertanggal akidah. Manakan tidak. Segalanya ada dalam website. Kalau tak di negara kita, pergi ke Indonesia. Kalau tak ke Indonesia, pergi ke Thailand. Kalau tidak ke Thailand, pergi jengah Pope di Vatican. Abang Ajib pergi. Relak ajer. Tak ada pulak yang kata PM dah kena sariap dengan Holy Water. Ada? Media UMNO standardlah. Nak spin ajer dia tahu.
Pada ana, isu ini kita patut diam dan gerak ke depan. Tak payah lah nak bawa macam-macam perkara. Zakatlah. Ibu tunggal yang miskin dan pindah agama dengan RM70 lah. Ini semua membohong dan nak menakutkan orang melayu. Setakat ini tak ada pun. Macam Mismah jugalah. Kita cari sampai tak jumpa. Tak tahu ke mana Kak Mismah kita pergi. Kita pun dah MISS…sama dengan Kak Mismah.
Ana rasa bab makan malam ini adalah benda biasalah. Jangan nak berlebih sangat. Kita kena banyak belajar ‘li-taarafu’; berkenal-kenalan dengan agama lain. Untuk mereka agama mereka; untuk kita agama kita. Mudah kan.
Jangan sensitif tak tentu pasal sampai makan dalam gereja pun jadi masalah. Susah la macam ini. Ana biasa dengar kalangan yang belajar Comparative Religion duduk di gereja, sembang dengan Paderi, minum dan makan dengan Nuns…tak ada pulak yang jadi KRISTIAN. Balik mereka lebih hebat dalam membandingkan mengenai Islam dan agama lain. Inilah jalan ilmu. Inilah sebahagian daripada jalan dakwah.
Majulah sikit pemikiran tu orang Melayu oooiiii….jangan jadi NGOK macam UMNGOK.
Ogos 9, 2011 at 9:37 am
salam,
ana setuju sangat dengan pandangan ini. jangan kita jadi takut tak tentu pasal. orang Melayu perlu banyak keluar dan jangan takut dengan lambang salib.
orang nak makan dalam gereja pun jadi isu, macam itu tangkap sahajalah berapa ramai professor perbandingan agama yang lama duduk di vatican belajar pasal kristian. yang lama duduk di tibet belajar pasal agama buddha. payah kalau kita fikir singkat.
salam ramadhan.
terima kasih.
ahli PAS Titiwangsa.
Ogos 11, 2011 at 12:09 pm
salam,
buka mata hati tu, fahami betul2 apa tujuan depa buat tu? takkan tak faham2 lagi maksud depa yang tersembunyi,
kalau dok makan2, sembang2, tak pe le, ni ada tujuan lain, takkan tak faham lagi kot?
kena dok ingat, matlamat tak halalkan cara, kena sesuaikan dengan suruhan ALLAH,
ingat, JAGA LAH PERHUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH, ini paling penting dan utama,
salam.
Ogos 12, 2011 at 11:17 am
kenapa dekat sangat pandangan mu wahai mukhlis…ini bukan soal makan sahaja…lebeh daripada itu…kenapa tak lihat keyataan dan detail…kalau begini kualiti orang pas..malulah kalau teringin nak keputrajaya.
Ogos 15, 2011 at 8:54 am
zaki,
malu atau tidak itu bukan enta yang perlu tentukan. rakyat Malaysia; bukan orang macam enta yang nak politikkan semua perkara.
pas sudah sampai ke tahap yang paling tinggi pada ketika ini. dengan izin Allah SWT, kami akan terus ke putrajaya tanpa rasa malu kepada enta (yang sepatutnya malu pada diri sendiri). enta ahli UMNO mana? kampung mana?
Ogos 9, 2011 at 12:31 pm
2nd time ana cakap komen ante bodoh…
dulu PAS DOK CAKAP AGAMA DGN POLITIK TAK LEH PISAH..
nie ante citer lain pulak…
buka mata… baca blog blog lain… semua dah kuarkan bukti apa aturcara majlis… apa soalan kuiz yg diorg kena jawap.. apa lagu yg depa nyanyi…
TERUS TERANG kalau nie sikap pas ana takkan undi pas lagi!!!
Ogos 11, 2011 at 10:28 am
ahli biasa;
terserah dengan keputusan enta. lagu apa? mereka nyanyi lagu alhamdulillah dalam gereja jadi murtad? ikut hukum mana?
ana bukan nak pertahan penulis…tapi kita jangan takut sangat dengan salib dan bible ni. pelajar melayu singapura (di National University of Singapore) selalu ditemui oleh missionary. tak pulak mereka masuk kristian.
ana jadi hairan dengan sikap orang PAS yang tak boleh terima perbincangan secara akademik. janganlah emosi sangat.
Ogos 9, 2011 at 3:51 pm
Kebenaran boleh dilihat oleh kita asalkan saja kita memerhatikannya dengan pandangan ‘MATA HATI’
Ogos 10, 2011 at 12:12 pm
MAJLIS2 ILMU SEPANJANG RAMADHAN
1. Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah

2. Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

3. RAMADHAN SERIES 15TH

4. Majlis Khas Di Masjid Ar Ridhuan

Ogos 12, 2011 at 9:09 am
kesian blogger penyokongpas.wordpress ni, buta mata….mau menegakkan islam tapi strategik intelektual taada. pemikiran mendatar, dan pak turut, taada langsung kritikal thinking. saya bersekongkol dengan komen “ahli biasa sahaja”…..kesian pas ni maklumlah teringin nak keputrajaya…tercicil peganggan ugama walaupun nampak seperti parti ugama islam….yeah saya sokong dap.
Ogos 15, 2011 at 8:56 am
ana lagi kasihan kepada enta. sekurang-kurangnya blogger ini cakap pasal Pas; parti kami yang sangat disayangi…
enta ada tahap intelektual tinggi? pemikiran tinggi? bagi alamat blog…biar ana baca dan komen.
jangan bangga diri syeikh…enta pun ana tengok tak sehebat mana. setakat dapat duit RM30-RM40 sebulan daripada UMNO…tak payah komen kat sini. buang masa….
Ogos 21, 2011 at 3:34 pm
setakat dapat duit RM30-RM40 sebulan daripada UMNO…????ada bukti???fitnah way of life pas kah??
Ogos 13, 2011 at 12:37 am
kalau hamPAS dapat Putrajaya apa hamPAS boleh buat….masa dalam pakatan nie pun hamPAS bagai melukut tepi gantang…parti yg dah dekat 60 tahun wujud jadi barua parti kecil macam PKR…bodoh