Ana memang terkejut dengan apa yang berlaku semalam di Gereja Damansara Utama. JAIS (atas arahan Hassan Ali) telah bertindak di luar dugaan. Menyerbu gereja di atas alasan yang tidak kukuh. Apa sebenarnya yang jadi ni? Kenapa Dr Hasan Ali macam tidak selari dengan pemikiran dan tindakan MB Selangor (Kerajaan Negeri). Payah kalau macam ini. Janganlah bertindak sendiri.

Istilah PAS for All ini adalah polisi dan dasar parti. Bukan ayat mainan budak-budak. Bila kita kata PAS for All maksudnya kita memang kena usaha tarik orang luar. Orang Cina. Orang India. Orang Kadazan. Orang Iban. Orang Kelabit. Orang Kristian. Orang Hindu. Semua. PAS for ALL!! Takkan benda mudah macam ini pun susah nak faham. Apakah kita mampu tarik orang Kristian kalau kita asyik nak main serbu-serbu macam ini. Kan dah orang kata PAS macam parti kampung. Kita nak keluar daripada pemahaman PAS lama. Amalan dan pemikiran konservatif. Kita nak maju dan main politik baru. Bukan nak main serbu-serbu.

Dr Hasan Ali janganlah jadi macam Polis. Kata orang sokong komunis? Bukti? Ada t shirt pemimpin komunis. Kata orang nak perangi Agong? Apa bukti? Ada beberapa risalah mengenai Bersih. Bangang tak bertempat. Siapa nak percaya? Budak darjah 1 pun belum tentu nak percaya! Ini kononnya masuk gereja nak jadi Kristian. Ini semua alasan tak masuk akal. Alasan propaganda. Hasan Ali ni dah kerja untuk propaganda UMNO ke? Buat kerja macam orang UMNO sahaja akalnya. Pendek.

Kita jangan lah percaya sangat dengan khabar-khabar orang melayu kena jadi Kristian. Minum air holy water. Lidah jadi hitam. Budak perempuan pakai lambang kristian dalam tudung. Apa kebenda ni? Ingat ini politik MASTIKA ke? Cerita tahyul.

PM siap masuk Vatican lagi. Relak jer. Pope siap buat salib kepada Bernard Dompok depan PM lagi. Tak ada pulak PM tukar agama. Ini Hasan Ali dah jadi kemaruk apa? Takut dan ngeri tak bertempat. Banyak lagi kerja lain boleh buat daripada serbu gereja. Karut.

Baru orang Kristian Sarawak nak percaya dengan PAS. Mereka beri kita masuk gereja. Kempen dalam gereja. Kali ini, kita pula nak buat tindakan yang tak berapa bijak nak ambush gereja. Di mana keuntungan politiknya? Kat mana? Sekarang blogger UMNO sibuk nak serang kita. Ini semua salah pemimpin kita yang galak sangat nak PERANG SALIB. Macam lah mereka sahaja yang menegakkan Islam dalam dunia ni.

Kita cakap PAS for All – kita mesti laksana dasar yang sama. PAS for All. Orang masuk gereja pun JAIS dah mengaruk; mana amalan toleransi dalam Islam. Dalam agama mana ada paksaan. Main serbu-serbu macam budak-budak. Berapa banyak gereja dalam Selangor ni? Lalu ke JAIS nak serbu semua setiap malam. Seronok ke main serbu-serbu? Tak dengar kata Dr Asri; sebenarnya nak serbu khalwat pun tidak selari dengan Islam. Tak membaca? “Tidak ada paksaan dalam agama” , “Bagi kalian agama kalian, dan bagi kami agama kami” – tak faham lagi?

Payah cerita kalau Hasan Ali nak main PERANG SALIB di Selangor ni…tewas nampaknya politik kita….

Advertisements