Terperanjat ana dengan keberanian pihak kerajaan nak gunakan agensi untuk menang pilihanraya. masya’Allah. Urut dada. Sampai warganegara pun nak dijual beli. Nak dijadikan modal kemenangan. Mengapa sampai jadi begini? Apakah mereka tidak sedar bahawa semua yang dilakukan ini disaksikan oleh Allah SWT. Bukannya terlepas begitu sahaja.
Ana memang dah agak lama, memang ada usaha nak pastikan bukan warganegara dan pemastautin tetap nak dijadikan pengundi. Agenda busuk. Kerja haram. Tidak berkat. Dilaknat Tuhan hendaknya kerja yang begini kotor dan hina. Ana tak rasa kita boleh maafkan mereka ini.
Kita bukan jumpa satu kes. Mismah itu satu kes. Kes lain? Kenapa beratus nama dimasukkan ke Parlimen Hulu Langat? Kenapa?
Ana minta sangatlah dengan kerajaan, jangan main kotor dalam pilihanraya. Tak elok.
Kita memang bergaduh secara polisi dan dasar, tapi kalau dah sampai guna pemain import sebab nak menang pilihanraya – busuk sangat namanya tu.
Adakah kebetulan kebanyakan pengundi (import) dimasukkan ke Hulu Langat sebab yang bakal bertanding di sana Setiausaha Politik Kementerian Dalam Negeri, Markiman Kobiran? Apakah itu yang menyebabkan KDN membantu habis-habisan? Sampai masukkan pemain import?
Ana minta pimpinan kita terus siasat dan dedahkan nama apa lagi yang ada. Mana aci main pemain import.
Kalau betul…memang ini permainan mereka yang dah terlalu takut nak kalah. Percayalah…rakyat yang marah akan bersama kita.
Ogos 5, 2011 at 6:36 pm
salam,
kalau benar apa yang tuan kata tu,tunjukkan buktinya,jangan main tuduh2 aje,ni main serkap jarang,dapatkan buktinya,pas tu baru bawa ketengah,keluarkan semua nama yang tuan ada yang kononnya “PEMAIN IMPORT”
ni main tuduh dan suruh SPR siasat,polis siasat,sprm siasat, apa ni,TUAN SILA KELUARKAN BUKTI2 NYA, SIAPA PEMAIN IMPORT TU DAN BERAPA RAMAI?
ari baik bulan baik,penat aje berpuasa, tak dapat apa2, yang dapat penat je,
Ogos 6, 2011 at 4:38 pm
Pak Syeikh… jangan dok diam jer isu Christianity…
Apa komen Pak Syeikh terhadap tindakan Dr Hassan Ali… komen dan huraikan sikit… keluar sikit dari citer politik… ini tanggungjawab Pak Syeikh untuk mempertahankan agama kita… sila buat huraian dan komen… ramai yang tertunggu nak dengar apa kata ahli2 PAS bawahan… kerana di pihak Atasan PAS memang dah boleh jangka komen nya.. dah tentu komen yang ‘takda telo’ kerana takut dengan DAP….
Ogos 6, 2011 at 4:41 pm
Pak Syeikh, tolong komen isu Christianity… Rupa2nya program memurtadkan org islam memang dah lama berlaku. rasa kesal kerana PAS tidak mempertahankan Dr Hassan Ali sebaliknya mengeluarkan statement takut pada DAP… apa pula pandangan ahli2 bawahan PAS…
Ogos 7, 2011 at 12:29 am
salam,
kita dok gaduh pasal poltik,dok tuduh orang ni macam ni dan orang tu macam tu,tak ada pun yang cakap macamana nak dakwah dan teguhkan ISLAM yang sebenar,PAS kata perjuangkan ISLAM, tak nampak apa pun,
cuba baca berita ni yang diterbitkan olih media tempatan baru2 ni dan fikir le dengan waras,apakah kita mahu ini terjadi di Malaysia ni.
TAJISKISTAN HARAMKAN SEMBAHYANG.
DUSHANBE 4 OGOS-
Presiden Tajikistan,Imomali Rakhmon mengharamkan golongan muda di negara ini daripada bersembahyang di MASJID dan GEREJA,dalam langkah yang disifatkan oleh seorang ULAMA tempatan sebagai “HADIAH JELIK” untuk umat ISLAM pada bulam RAMADAN.
Rakhmon yang mengetuai kerajaan SEKULAR sejak 1992 menandatangani rang undang-undang mengenai ‘ TANGGUNGJAWAB IBUBAPA’ semalam, dengan alasan langkah-langkah tegas diperlukan bagi mencegah penyebaran fahaman FUNDAMENTALIS AGAMA di negara yang mempunyai 7.5 juta penduduk ini, 98 PERATUS DARIPADANYA BERAGAMA ISLAM.
Semua penduduk berusia di bawah 18 tahun, kecuali pelajar sekolah agama diharamkan bersembahyang di MASJID, GEREJA atau rumah ibadat lain di negara ini, mulai hari ini.-REUTERS.
la ni cuba pakai akal yang ALLAH beri pada kita semua, apakah kita mahu perkara ini terjadi di tempat kita? tempat kita, majoriti adalah ISLAM dan bangsa MELAYU lak tu,jangan jadi macam di TAJIKISTAN, 98 peratus penduduknya ISLAM, tapi apa jadi?
INIKAH YANG TUAN MAHUKAN?