Kita baru sahaja masuk bulan ramadhan, tetapi dah namanya orang politik, kita tak pernah berhenti main politik. Tak kisahlah parti mana pun. Tak kurang juga dengan parti kita ini. Ana nak mendoakan kalian pembaca mendapat berkat dan maghfirah di sepanjang ramadhan ini. Moga-moga kita dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik dan tenang.

Ana baru sahaja pulang dari Kedah. Ada program yang ditaja oleh seorang hartawan Cina; memberikan derma kepada kawasan miskin di Kedah. Tak guna platform politik langsung. Pakai nama NGO. Lebih mudah. Nak pakai platfrom politik susah sangat. Banyak sangat syarat. Kalau panggil pemimpin PAS ‘A’; kumpulan pemimpin ‘B’ marah. Puak ni tak bertegur sapa dengan puak itu. Puak sana mengata puak sini. Apa nak jadi, ana pun tak tahu.

Kita dalam bulan ramadhan, dalam parti Islam, dalam jamaah yang sama, masih ada masalah yang macam ini. Akhirnya, hartawan Cina menghalakan derma hampir RM175 ribu dengan NGO tempatan. Mudah. Terus kepada asnaf. Terbeliak mata perhubungan PAS negeri.

Itulah ana cakap, jangan nak main politik sepanjang masa. Mengutuk MB sendiri itu bukan sikap pemimpin PAS. Tapi penyakit yang biasanya ada dalam UMNO pun dah menjangkit dengan kita. Rosak.

Ada ke patut, tanpa kebenaran pihak tertentu; tidak boleh dipanggil mana-mana individu untuk jadi perasmi program. Ini semua nak merosakkan nama baik PAS negeri Kedah. MB kedah baru masuk IJN; semua dah tengah ukur siapa bakal ganti MB. Elok ke perangai serupa ini? Kenapa dalam PAS pun masih ada usaha nak cantas mencantas ini.

Ada yang sedang merancang dan melobi sampai ke Kelantan. Bagi mendapatkan ‘perkenan’ TG Nik Aziz dalam melobi jawatan menggantikan Azizan. Menurut kata, hanya satu sahaja urat yang tersumbat. Bukan 10. Mahathir dulu tersumbat sampai 4. Ok sahaja segar bugar sampai sekarang. Apa lah depa ni. Janganlah sibuk nak tukar pemimpin. Kena kerja kuat dibawah. Bukannya menikam dari belakang.

Ish…

Senarai Ahli Badan Perhubungan PAS

Negeri KedahSessi 2011 ~ 2013

Pesuruhjaya – YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak

Timbalan Pesuruhjaya (I) – YB Dato’. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi

Timbalan Pesuruhjaya (II) – YB Dr. Ismail bin Salleh

Timbalan Pesuruhjaya (III) – Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik )

Bendahari – YB Dato’. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah

Setiausaha – Us. Musoddak bin Haji Ahmad

Penolong Setiausaha (I) – Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK )

Penolong Setiausaha (II) – Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang

Penolong Setiasuah (III) – Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Pengarah Pilihanraya – Haji Muhamad Yusof bin Husin

Ketua Dewan Ulamak – Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah

Ketua Dewan Pemuda – Us. Ahmad bin Yahya

Ketua Dewan Muslimat – Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali

Ketua Penerangan – Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol )

Ahli Badan Perhubungan yang dilantik

Us. Haji Abu Kasim bin Abdullah

Sheikh Ismail bin Kamis

Haji Che Had bin Dhali

Rosli bin Darus

Haji Md Akhir bin Thalib

Fadzil bin Baharom

Dr. Rohani binti Abd Mutalib

Advertisements