Ana bukan dari Kelantan. Tapi sekadar memenuhi penganjur, ana hadir untuk mengisi jemputan. Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah secara jelas menyatakan bagaimana Kelantan tidak boleh nak dibandingkan dengan Selangor. Kelantan hanya ada budu dan keropok sahaja. Tak ada benda lain pun. Kalau memerintah Kelantan, kaya seperti Selangor, Tok Guru akan lebih berjaya memimpin dengan lebih baik. Hampir 20 tahun, dengan segala kemiskinan yang ada – kerajaan PAS di Kelantan sudahpun berjaya ditadbir dengan baik.

Nik Amar mengakui bahawa Kerajaan PAS Kelantan memang tak dok pitih. TG Nik Aziz berjaya memimpin Kelantan secara luar biasa. Dok buat gapo satu; tetapi rakyat masih menyokong kita. Inilah yang mahalnya. Jangan guna kayu ukur sekular dan ekonomi semata-mata.

Inilah hebatnya PAS Kelantan. Memang semangat mereka luar biasa. Adanya exco seperti Nik Amar ini memberikan PAS Kelantan banyak kelebihan. Sebagai bekas pensyarah UIAM, Nik Amar adalah seorang EXCO yang memang mempunyai karisma dan daya tarikan. Ana tengok, kalangan yang hadir duduk senyap dan mendengar bagaimana Nik Amar memberikan penerangan mengenai politik di Kelantan.

Kalau rakyat Kelantan sendiri redha dan bersedia kekal dengan pembangunan yang ada – apa masalahnya? Nik Amar menerangkan bagaimana kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW dahulu tidak diukur dengan KDNK dan sebagainya. Maka, janganlah nak ukur kepimpinan TG Nik Aziz dengan nilai ekonomi sahaja. Jangan. Kena tengok secara yang lebih luas.

Keberanian dan kesungguhan PAS Kelantan bertemu dan berjumpa dengan anak kelantan di perantauan inilah yang menyebabkan kita kekal kuat di sana. Negeri lain kena kaji dan berusaha untuk menyamai kesungguhan PAS Kelantan. Mereka hebat. Mereka tahu tentang apa yang nak disampaikan kepada pengundi. Mereka boleh meyakinkan pengundi walaupun suasana ekonomi Negeri tidak hebat. Apa yang penting sangat ekonomi? Tetapi soal Islam memang tidak pernah hilang di Kelantan.

Ana rasa, PAS Kedah kena belajar banyak daripada PAS Kelantan. Kena usaha berjumpa dengan pengundi Kedah di perantauan. Jangan takut sangat. Kena terang bagaimana PAS Kelantan berani berdepan dengan pengundi. Anak-anak Kelantan di perantauan tak kisahpun kalau Kelantan miskin. Yang penting adalah Islam. Bukan sangat bab ekonomi ini. PAS Kedah kena lebih bersungguh dengan usaha mendekatkan diri dengan pengundi Kedah yang ada di KL, N Sembilan, Melaka dan Johor. Janganlah duduk senyap dan diam. Kalah di Kedah nanti, naya kita. Kita nak menang di negeri-negeri yang kita dah menang. Niat nak tawan Pahang dan terengganu. Kedah jangan pulak kalah.