PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.

Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

  • Pada ana, memang keputusan menambah jumlah kawasan PAS di Sabah bertepatan dengan cita-cita kita nak mentadbir di Putrajaya atas nama kebajikan. Ana memang puji sikap Presiden PAS yang bersungguh bab ini;
  • Memang banyak ujian bila berada di Sabah ini – maklumlah, Musa Aman memimpin dengan wang. Memimpin masyarakat menggunakan ‘fulus’. Payah kita nak lawan bab fulus. Tapi kalau kita lawan bab istiqamah dan perjuangan, insya’Allah kita akan berjaya.
  • Kita jangan terlalu bergantung kepada ayat manis PKR di Sabah. Kita sudah belajar banyak daripada pengalaman pilihanraya di Sarawak. Memang kita kena tinggal. Jangan harap PKR Sabah mahu layan kita dengan baik. Mereka tidak ada masa bah.
  • Kita mesti bergerak rapat dengan DAP Sabah. Ini wajib. Ini sahaja jalan untuk kita menembusi sikap dan pandangan masyarakat bukan Islam kepada kita di Sabah. Kena buat pendekatan seperti di Sarawak – program yang lebih kurang (tidak sangat berteraskan Islam) kita perlu nampak lebih ‘liberal’. Faham la maksud ana. Jangan terlampau taksub.
  • Pengalaman buruk kita di Sarawak mesti menjadi asas perjuangan kita. Jangan percaya dengan orang. Mesti bergerak dengan kekuatan sendiri.
  • Begitu kejamnya Firaun sehingga terkadang Nabi Musa a.s. sendiri merasa gerun dan gementar menghadapi tribulasi perjuangan dalam menentang Firaun.
    Lebih-lebih lagi apabila perjuangan Firaun itu sendiri disokong oleh tukang-tukang sihir yang terkenal dan zalim.
    Hal ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.” Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (At-Taha: 67 – 69)
  • Samalah macam di Sabah; sihir politik di Sabah adalah menggunakan duit dan wang. Kita kena berdepan dengan cara yang lain. Dengan tarbiyyah dan latihan.
  • Wallahu’Alam.