Amboi, kemain lagi pembesar Negara memberikan tumpuan kepada Hari Peneroka tahun ini. Meriah. Banyak khabarnya hadiah-hadiah akan dipersembahkan warga Felda di Jengka. Malahan, di seluruh Negara – peneroka akan mendapat habuan besar; sekaligus berjanji akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak Tun Razak ini. Bosan. Dah tak ada modal lain, guna duit dan kedudukan untuk beri sumbangan kepada peneroka.

Kawan ana di Jengka memang naik angin apabila Jengka dijadikan pusat sambutan. Semuanya nampak baik dan tersusun. Semua benda disusun dengan sebaik mungkin bagi menyambut waris Tun Razak ini. Ish…dah tak ada cara lain ke nak beli hati dan kepercayaan pengundi.

Kawan ana mengakui, kalau inilah permainan politik yang dimainkan oleh Najib; susah PAS nak menang di kawasan FELDA. Kita buat banyak ceramah. Masuk surau. Baca yasin. Qiyamullail. Jumpa Ketua Blok. Jumpa generasi kedua. Beri macam-macam. Tapi bila Najib datang – habis jasa kita dibuang oleh peneroka ke parit. Mereka buat tak kenal dengan AJK PAS di kawasan. Mereka pandang kita pun tak mahu. Jenis Melayu tak mengenang budi. Anak berkhatan pun panggil orang PAS baca doa. Orang UMNO mana tahu baca doa. Tahu baca talkin ajer.

Ana nak pesan kepada abang-abang peneroka – sudah sudahlah diperbodohkan oleh duit dan janji. Cukup cukuplah. Celik mata. Buka telinga. Buka hati. Perhati bagaimana orang dah marah dengan kerajaan. Buat apa nak ikut telunjuk UMNO? Buat apa nak ikut sangat program UMNO?

Kita cadang semua ahli PAS di Jengka – boikot sama sekali program di Jengka. Ini program nak bodek Najib. Ini program nak bodek kerajaan. Ana hantar sms kepada seorang Tuan Haji penyokong PAS di Jengka. Halang dia hadir program Najib. Nak tahu dia balas apa?

“aku dah lama duduk dalam hutan ni. susah senang aku dan keluarga aku. jangan korang di kl nak sibuk dengan urusan aku di jengka ni’.

Inilah perangai orang Melayu kita. Cepat lupa. Sekejap jadi kawan. Tapi dengar Najib nak bagi duit…berarak pergi cium tangan. Tak ada marua

Jangan lupa jasa Tuan Ibrahim. Banyak jasa dengan orang FELDA tu!!!!