Malam semalam, PAS Gombak mengadakan perbincangan kecil mengenai respon kepada pandangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih. Memang kita kecewa, sebab Agong sudah dijadikan alat kepada UMNO dan BN bagi memperkecilkan Bersih. Sedih kerana institusi Istana juga sudah dijadikan ‘perkakas’ UMNO dan BN. Dah tak ada jalan lain? Sampai guna SPB Agong bagi mencapai matlamat politik sendiri?
Nampaknya, UMNO dan BN sudah betul-betul tertekan. Bab benarkan Agong campur tangan ini sudah kes berat. Ini sudah kes melampau.
Tapi seorang teman daripada PAS Terengganu ada memberikan sms dan pandangan. Katanya, SPB Agong yang ada bukannya boleh dipermain-mainkan. Jangan lupa kes Deris Jusoh jadi Menteri Besar. SPB Agong tak berganjak. Sampai cemas kerajaan Pak Lah Bodowi. Sampai senak Deris Jusoh takut kena murka Duli Tuanku. Maknanya, mungkin juga ada kemungkinan memang SPB Agong yang nak berikan amaran kepada mana-mana kumpulan. Mungkin juga.
Soalnya, PAS kena buat ketetapan dan pandangan balas. Nak ikut perintah Tuanku; atau ingkar? Kalau ingkar; masa kita nak perintah Terenggannu nanti – tak jadi masalah ke? Wahid Endut sudah teringin jadi MB – kalau bertekak dengan Tuanku; masalah pula nanti.
PAS kena buat keputusan yang tepat dan tidak terburu-buru. Pandangan Tuanku ini bukan mainan. Ini suatu kenyataan yang sangat membawa makna. Kalau Ambiga yang ingkar dengan perintah Tuanku mungkin orang boleh terima. Namun, PAS kalau ingkar dengan perintah Tuanku – akan ada implikasi kepada undi Melayu.
Bukanlah PAS kena pilih antara Ambiga dan Tuanku. Tidak juga begitu. Macam ana selalu cakap. Ini strategi politik. Warna dan sokongan ini adalah penting. Tengok macamana Yingluck menang di Thailand tanpa pengalaman dan kaliber politik. Tak ada. Modal Yingluck hanya wajah yang cantik dan wang yang banyak. Sokongan yang  diberikan pengguna t shirt merah kepada Yingluck yang buat dia menang. Kalau t shirt kuning sokong PAS…kita pun ada harapan menang. Itu yang kita nak.
Kita kena tunggu komen pemimpin PAS….
Advertisements