Pihak kerajaan dan pengamal media tertentu sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang huru-hara pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.

Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.

“Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia.

Terbaru, seperti mana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.

———————————————————————————————

Ana naik pening kepala apabila seorang tua yang duduk atas kerusi roda masih lagi nak ugut mereka yang hadir dalam BERSIH dengan perkataan BERTEMPUR. Apa masalah orang tua bernama Mahaguru (Maharaja Lawak) Megat Omardin Mauju al-Kutty (ini ana tambah)? Siapa dia yang nak ugut orang nak bertempur segala? Dah terer dan handal sangatkah? Dah ada keris dan lembing terbang ke? Atau nak bertempur atas kerusi roda?

Ana bukan nak mengutuk atau apa – tapi elok Maharaja Lawak Omardin ini duduk di rumah; dan perbanyakkan amalan. Lebih elok dan baik. Tak payah campur urusan politik dan kepentingan rakyat. Kita tahu, Maharaja Lawak Omardin nak ampu dan bodek. Al maklum, Alphard yang Maharaja Lawak pakai pun belum habis bayar. Anak Maharaja Lawak pun belum dapat lagi lampu hijau nak bertanding di Gombak. Kononnya nak lawak Pendekar Azmin.

Maharaja Lawak Omardin ini patut berehat dan jangan sibukkan diri dengan Bersih. Ini bukan game Maharaja Lawak Omardin. Ini game dan permainan rakyat. Janganlah duduk atas kerusi roda tapi buat lawak macam orang muda. Sedih menengoknya.

Kita penat lah nak layan ugutan orang yang dah tak berapa nak boleh berdiri ni. Penat.

Bagi kita berdepan dengan rakyat – bukan dengan Maharaja Lawak.

PAS Gombak tahu sangat permainan bodek Maharaja Lawak Silat Lincah ni. Silat Lincah ni lebih kurang macam penipuan MLM juga. Upline hidup senang. Anak buah di bawah hidup setakat jadi bouncer di kelab-kelab malam dan kelab bogel. Itu sahaja. Upline pakai Alphard. Budak-budak bawah? Upline ‘lincah’ membodek pemimpin? Anak buah di bawah makan pun belum tentu lepas.

Website Silat Lincah pun dah kena suspend. Tak bayar lah tu. Banyak duit buat beli Alphard!!!

Kita seronok juga tunggu Megat Zulkarnain tanding di Gombak. Tak sabar tunggu dia kena mandi dek penyokong UMNO sendiri. Hj Rahim (ketua bhg umno gombak) memang tak sabar nak ‘sembelih politik’ anak Maharaja Lawak ni….

Advertisements