Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

“Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

========================

Ana sokong penuh dengan cadangan Dewan Ulama’ PAS Pusat supaya diadakan MUNAJAT PERDANA bagi meletakkan kita di landasan yang betul di dalam isu BERSIH ini. Ramai juga yang tanya ana, bolehkah berhimpun dan menganggu gugat ketenteraman awam? Ana kata, kita tidak pernah ada niat nak buat kacau bilau pun. Memang nak berarak sahaja. Tak lebih daripada itu. Yang kata kita nak buat kacau itu siapa?

Pada ana, munajat ini penting bagi mengikhlaskan diri kita dalam membantu perjuangan Ambiga. Pada kita, agama apa yang dianut oleh seseorang itu tidak penting – yang penting adalah perjuangan yang dibawa. Untuk siapa? Demi siapa? Untuk apa?

Ramai juga yang mengutuk PAS kerana menjadi kuda Ambiga. Puak ni memang jenis yang tak tahu adab. Bukan soal siapa kuda siapa. Itu tak penting. PAS turun demi menyatakan keinginan kita untuk melihat pilihanraya yang lebih adil dan saksama – itu sahaja. Salah? Tidak kan. Ada masalah dengan Ambiga? Pada ana, Ambiga adalah seorang pejuang yang perlu diberikan bantuan dan dokongan sepenuhnya. Perjuangan ini bukan soal agama. Soal keadilan dan kesaksamaan.

Biarlah kita bermunajat – dan memanjatkan doa yang ikhlas agar niat kita akan dibulatkan; bagi membantu Ambiga dan mendapat keadilan yang dimahukan. Kita turun kerana Allah – demi untuk memastikan Negara kita tidak terus dijadikan alat pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa yang berterusan; tidak amanah, korup dan munafik sifatnya.

Tidak salah kalau kita mendoakan agar perjuangan Ambiga dan kita akan mendapat kemudahan. .

Pada ana, tidak ada isu atau tidak ada khilaf (setakat yang saya ketahui) mengenai keharusan mendoakan kesejahteraan bukan Islam di luar khutbah. Ini dijelaskan oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri apabila mendoakan supaya Islam dikuatkan dengan masuknya antara Abu Jahal ataupun Umar al-Khattab. Bahkan apabila Nabi SAW diusir dan dan dipukul dalam dakwahnya sehingga berdarah, Nabi berdoa: Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui

Advertisements