Ana selalu ingatkan diri ana sendiri, mahupun kawan-kawan di bawah bahawa kepimpinan bukannya satu keistimewaan; kepimpinan adalah amanah. Akan ditanya di Mahsyar. Kita buat apa. Kita pimpin apa. Kita dakwah apa. Kita kata apa. Kita tulis apa. Kita borak apa. Kita sampaikan apa. Semua ini adalah perkara yang ana rasa sangat penting dalam pada kita bercakap pasal perjuangan. Kedudukan, samada sebagai Pesuruhjaya, Bendahari, Setiausaha, AJK semuanya akan ditanya Allah SWT. Larat ke kita nak pegang terlampau banyak jawatan.

Sebab itu, pada ana apa yang dibuat oleh PAS Kedah ini wajar diikuti di negeri lain. Yang sudah ada jawatan tinggi di Pusat; tak payahlah nak sibuk di peringkat Negeri. Jaga pusatlah. Jangan nak main politik di peringkat Negeri. Jangan nak kacau kepimpinan Negeri.

Pada ana, ini adalah pendekatan yang amat baik. Amat dialu-alukan oleh parti. Jangan kita nak guna orang sama untuk semua benda. Tak maju organisasi kita. Tapi ada pula yang buat bunyi – apahal Azizan letak ramai sangat orang Pejabat MB di dalam struktur organisasi PAS Negeri? Apa kena? Apa yang nak pusatkan semuanya di Pejabat MB? Awat, orang lain tak berapa nak layak ka Ustaz? Awat, hanya orang Pejabat MB sahaja yang bijak laksana? Hanya Setiausaha Politik, Pegawai Khas MB yang boleh berfikir untuk PAS ka Ustaz? Yang tanya banyak soalan ini bukan orang lain – semuanya orang Kedah. Orang Kuala Ketil ada. Orang Kulim ada. Orang Baling ada. Semua hairan dengan tindakan Ustaz Jijan ni.

Ana cuma sampaikan sahaja Ustaz. Tak menambah sedikit pun. Tapi, pada ana ada juga asasnya pertanyaan depa ni. Manakan tidak; kalau sudah semua dibolot oleh kakitangan MB – mulalah ianya menimbulkan fitnah dan rasa tidak puas hati.

Sekadar ingatan kepada kita semua; janganlah seronok nak kumpul ‘kekuatan’ di dalam pejabat kita sendiri. Ini semua resipi nak rosak organisasi. Bila dah rosak – yang rugi kita semua dalam PAS.

Ada seorang rakan ana dari Jerlun – kata Azizan dah nak jadi Pak Lah nombor 2. Semua kumpul di Pejabat MB. Buat keputusan dalam Pejabat MB. Laksana ikut orang Pejabat MB. Yang kaya raya semua orang Pejabat MB. Ah sudah…ini semua boleh merosakkan imej MB Kedah.

Kita kena beri masa kepada Jawatankuasa yang dilantik untuk melaksana amanah. Jangan buat keputusan terlalu cepat bahawa semua mereka akan merosakkan parti. Belum tentu. Kalau mereka komited – kita patut bersyukur dan berterima kasih.

Kedah sangat penting untuk PAS – jangan silap pilih pasukan. Takut merudum pula kita nanti.