Pagi ini ana nak menenangkan rakan-rakan PKR yang cemas dan lemas dengan rancangan Buku Hijau yang diumumkan oleh Presiden PAS baru baru ini. Ada seorang Ketua AMK Cabang di Selangor sms ana – ‘haji, apa pulak nak buat buku hijau? kita dah setuju Buku Jingga! apa nak Hijau pulak? apa PAS ni?’

Seorang lagi ahli PKR sms ana – ‘PAS janganlah ghairah sangat. Ingat buku jingga. Tak payah banyak buku. Nanti pening kepala rakyat’.

Ana hanya balas sms tersebut secara sama sahaja. ‘Tuan yang dihormati, tenang jangan cemas. Tunggu dahulu apa yang bakal dicadangkan nanti’.

Inilah masalahnya dengan PKR. Semua benda nak jadi boss. Tak boleh orang lain nak cuba dengan benda baru. Apa salah kalau PAS keluar Buku Hijau? Di mana salahnya? Apa yang takut sangat? Takut rakyat pening kepala? Rakyat memang dah pening. Macam-macam kes. Kes sondol. Kes bogel. Banyak kes. Memang dah pening pun.

Oleh yang demikian, tak ada salahnya PAS nak keluar dengan Buku Hijau.

Buku Hijau (bahasa Arab الكتاب الأخضر) adalah sebuah buku yang ditulis oleh pemimpin Libya, Muammar al-Gaddafi. Buku ini diterbitkan pertama kali tahun 1975, berisi tentang pandangannya atas demokrasi dan filosofi politiknya.

Pada buku ini terdapat 3 bagian:

  • Solusi permasalahan demokrasi: ‘Kekuasaan rakyat’
  • Solusi permasalahan ekonomi: ‘Sosialisme’
  • Basis sosial teori ketiga

Buku ini adalah buku yang kontroversial dimana buku ini menolak demokrasi liberal. Muammar Ghadafi pun ada Buku Hijau. Tengok bagaimana dia pimpin Negara selama berpuluh tahun. Semua falsafah diterima baik oleh rakyat. Sekarang sahaja yang rakyat tak puas hati.

PAS kena ada BUKU HIJAU kalau nak main politik lama di Malaysia. Buku Jingga tak Islamik. Tak ada nilai Islam. Semua bab cari makan. PAS lebih minat bab kebajikan dan kepentingan rakyat. Tak macam buku jingga yang dah macam warna tok pek kong Cina. Kita guna warna Hijau. Warna Islam. Warna PAS.

Ana harap sangat PKR jangan cemas dengan Buku Hijau. Relak ajer.

Jangan sampai jadi buku ‘555’ sudah. Bahaya.