Ana secara kebetulan membaca FMT pagi tadi. Sengaja nak tahu isu-isu semasa. Akhirnya, terserempak dengan satu artikel yang membicarakan soal keputusan MUKTAMAR PAS yang lalu. Kita tahulah, FMT memang mendokong perjuangan Pakatan Rakyat. Portal ni pun dilayari oleh ramai anak muda pelbagai bangsa. Ada Melayu. Ada Cina. Ada India. Memang bagus untuk menilai sejauh mana penerimaan mereka terhadap perjuangan PAS selama ini.

Ana selalu pesan kepada kawan-kawan rapat ana; dalam perjuangan politik ini jangan kita sangka kita terlalu kuat. Ini masalah UMNO. Bila dia rasa terlalu kuat; buat RASUAH pun dah tak rasa takut. Kita baca sahaja bagaimana Khir Toyol menggunakan tempat dan kuasa untuk mendapatkan kemudahan. Harga barang RM6.5 juta. Boleh dapat diskaun sampai RM3.5 juta. Tak ke gila. Buat rasuah macam harta mak bapak sendiri. Apa masalah depa ni? Kurang didikan agama.

Ana masih ingat, masa awal perlantikan Jawa Murtad Khir Toyol ini – Mahathir suka sebab dia pandai baca doa. Doa sahaja. Benda lain belum tentu tahu. Lepas baca doa – habis orang aminkan doa dia. Apa dia baca; dia sendiri pun tak tahu. Tapi makbul doa dia. Dapat jadi MB. Kuat rasuah lagi. Cemerlang. Bini yang hidung pesek pun boleh dimancungkan. Diri sendiri yang legap muka Jawa totok – pun boleh jadi putih dan gebu. Subhanallah. Habis nak ditukarnya ciptaan Allah. Sudahnya, Allah SWT terbalikkan kepada dirinya. Dah sangap.

Kita biarlah si Jawa ini dengan kekayaan dia. Kita balik kepada cerita PAS. Cerita kita.

Menurut survey FMT; hampir 77 % responden bersetuju bahawa PAS sudah menjumpai TEAM PILIHANRAYA yang tepat selepas MUKTAMAR yang lalu. 77 %. Terbaik. Ini bermakna, memang pemilihan para perwakilan kena tepat dengan citarasa orang di bawah. Memang tepat. Tak ada keraguan lagi. 77 % ini angka yang besar dan baik. Tahap cemerlang. Ini bermakna, daripada 100 orang pembaca FMT – 77 amat bersetuju bahawa PAS sudah memilih kalangan yang hebat dan wibawa untuk pilihanraya.

Hanya 4 % yang kata PAS sudah dicucuk hidung oleh DAP. 4 %. Haha…UMNO gagal lagi. 4 % sahaja yang percaya dengan tuduhan kita dicucuk oleh DAP. Terbaik.

Tapi yang ana sedikit pelik – angka 77 % itu tidak kekal apabila ditanya soalan samada PAS akan berjaya ke Putrajaya. Hanya 8 % kata YA.

Macamana yakin dengan pasukan – tapi tak yakin dengan kemungkinan PAS ke Putrajaya? Mungkin mereka ini menganggap bahawa PAS akan hanya menjadi feeder kepada kerajaan kepimpinan Anwar Ibrahim. Bila sahaja TG Haji Hadi kata tak mahu jadi PM – terus mereka ini tak berjaya bahawa PAS akan jadi parti yang penting di Putrajaya. Kita kena yakinkan rakyat; bahawa PAS akan menjadi parti tunjang kepada kerajaan baru Putrajaya. Bukannya parti nombor 3.

Kita kena peka dengan segala macam pandangan masyarakat kepada PAS…tak ada pilihan. Kita kena peka, supaya kita tak ketinggalan dalam menilai pandangan sebenar masyarakat kepada kita. Barulah kita jadi parti yang hebat.

Advertisements