Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen. Jawapan bertulis. 863. Daripada berapa juta tu. Kiranya, masalah MURTAD ini tidaklah terlalu berat sangat. Tapi tak boleh pula kita nak pandang sebelah mata. Soalnya, mana perginya bajet dan peruntukan JUTAAN ringgit yang diberikan kepada agensi Islam untuk menjalankan amanah memastikan tidak ada kes yang sebegini lagi.

Paling ngetop dalam kes MURTAD di Malaysia adalah SABAH. PAS ada juga di Sabah. Tapi tak ada lah kuat sangat. Susah nak hidup dalam politik Sabah yang semuanya menggunakan wang dan fulus. Musa Aman jaga Negeri macam Mubarak. Semua disumbat dengan makanan dan wang. Kita susah nak bukakan hati kelompok manusia Sabah yang memang dah macam GELAP; kerana selalu minum Holy Water BN selama ini. Maaflah ana bergurau kasar.

Pada ana, kes MURTAD ini memerlukan pandangan dan kerjasama semua pihak. Kadangkala, ana pun rasa kita perlu ketepikan kepentingan politik dalam membicarakan isu MURTAD. Ana pernah ke pedalaman Sarawak. Yang selalu jumpa dengan orang pedalaman di Sarawak adalah MISSIONARY Kristian. Mereka masuk bawa beras. Mereka masuk bawa MILO. Mereka masuk bawa susu. Mereka masuk bawa makanan. Mereka masuk bawa buku. Mereka masuk bawa BIBLE.

Kita ini selalu bertelagah sama sendiri. Missionary Kristian masuk dengan selamba. Bukannya kalangan missionary tua bangka. Kadangkala dibawa masuk kalangan Paderi Muda. Ada amoi yang sanggup labur masa dan tenaga selama 4 bulan sebagai jalan agama. Ajar bible kepada anak-anak bangsa pedalaman di Sarawak. Kita? Buat apa? Kita hanya seronok berceramah di dalam masjid dalam bandar. Kalangan yang dalam hutan? Kita biarkan.

Tak payah cerita pasal Sabah, Sarawak. Pahang pun sama. Orang asli dah abis kena masuk Kristian. Selamba ajer. Peduli apa. Dia orang selama ini pun sembah pokok. Bila ada missionary bawak Milo; tukar agama pun mereka sanggup.

Yang paling ana seronok – KELANTAN mencatatkan angka SIFAR MURTAD sepanjang tahun 2000- 2010. Patutnya, Jamil Khir kena tunjuk pula angka yang masuk Islam. Kita tengok Kelantan nombor berapa. Ana rasa nombor wahid. Inilah hebatnya serambi Mekah. Membuktikan kepimpinan Islam di Kelantan memang memuliakan SYIAR ISLAM. Tak macam MUSA AMAN di Sabah. Macamana MUSA AMAN boleh tidur malam; sedang banyaknya jumlah orang MURTAD di Negeri tersebut? Ana pun naik hairan?

Ana nak cadangkan, PAS kena buat Lujnah Dakwah yang lebih aktif. Fokus kepada agenda dakwah di pedalaman; Sabah dan Sarawak. Ajak orang muda, turun ke sana – tinggal dalam hutan barang seminggu dua. Bawa makanan. Bawa al-Quran. Bawa syiar Islam kepada rakyat di pedalaman. Daripada kita asyik ceramah, solat hajat untuk orang – baik juga kita turun dengan usaha dakwah bil-hal yang lebih mantap. Kita kasi ajar MUSA AMAN macamana nak perteguh iman masyarakat. Jangan ingat mahu buat kekayaan sahaja. Kita mesti ajar anak Said Keruak; tentang dakwah dan Islam. Kita mesti ajar Shafie Apdal dengan isu dakwah yang meluas. Mereka semua ini macam orang yang tak ada petunjuk.

Duit zakat pun janganlah kedekut sangat. Asyik nak buat bangunan tinggi. Beri pada usaha dakwah. Tak kira PAS atau UMNO. Barulah Islam itu diletakkan di tempat yang hak dan tinggi.

Takkan kita nak tunggu 10,000 orang MURTAD setahun baru nak turun ke bawah kot???