Ana memang tabik spring dengan Kit Siang. Pada ana, anak jati Batu Pahat ini memang mempunyai integriti politik yang sangat tinggi. Kit Siang memang sentiasa sahaja meletakkan semangat kerjasama di tempat yang sebaiknya. Kepada Kit Siang, kerjasama DAP dan PAS adalah tiang seri kepada Pakatan Rakyat. Daripada menjadikan PAS sebagai musuh – Kit Siang lebih gemar menjadikan PAS sebagai kawan rapat dan strategik. Ini yang kita rasa besar hati. Kit Siang sanggup bersusah senang dengan kita. Sama juga dengan anak dia, Guan Eng. Lebih banyak dia memahami Islam, Guan Eng akan lebih dapat memimpin dengan baik.

Selepas Muktamar – dalam banyak pertemuan dengan pihak media dan kawan-kawan berbangsa Cina – kawan ana bernama Thiew Tian Har; ahli DAP Bukit Bintang selalu memberitahu ana bahawa Kit Siang puji PAS di hadapan masyarakat Cina. Kit Siang menganggap PAS yang ada – adalah PAS baru. PAS yang tidak lagi berfikiran lapuk dan lama. Kit Siang selalu puji bagaimana seorang yang sederhana seperti Mat Sabu sudah diangkat sebagai pemimpin no 2 PAS. Sebab itu, bila Mat Sabu bergurau bahawa dia boleh menang kalau bertanding di Bukit Bintang; adalah satu penghinaan kepada UMNO. Sampai tahap itu, cina pelacur, bapak ayam, tokey The Sun complex, GRO jalan IMBI boleh terima PAS. Ini semua kerana kerja kuat Kit Siang jual PAS kepada orang Cina.

DAP memang teman politik yang jujur. Ana yang terlibat di pilihanraya Sarawak perlu mengakui bab ini. Mereka sangat setia. Sanggup bersusah payah demi kawan. Apa yang ada dalam poket; mereka akan sanggup beri demi Islam. Ana masih ingat bagaimana YB Chong (Kuching) beri RM7,000 kepada petugas PAS di Beting Maro. Sekali minta sahaja. Ana puji sikap DAP yang begini.

Berbalik apa yang Kit Siang puji kita. Dia tulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi ana fahamlah sikit-sikit. Antaranya:-

1. Building a welfare state

The party elections buried the main theme of the muktamar, which was building the welfare state – ‘negara berkajikan’. At the core of this concept is the idea of welfare, namely that health, education, shelter and food are basic needs.

2. Entrepreneurship and anti-monopolism

Party president Abdul Hadi Awang’s speech and the subsequent delegate discussions also pointed to the evolution of a new economic policy, one in which the market place and competition play a greater role.

3. Efficient and fairer governance

While the first two ideas were buried in speeches and the debate at the muktamar, the main theme highlighted was about changing the style of governance. This came most focused from the new deputy president of the party who focused his target on the election machinery.

4. Pluralism

In avoiding the narrowness of the disturbing racialised discourse that has dominated political debates since March 2008 – with many BN national leaders continuing to identify themselves with one community rather than the country as a whole and important concepts such as 1Malaysia being used as a campaign vehicle for one political side rather than as a integrative national framework, PAS leaders both explicitly and implicitly acknowledged one of Malaysia’s greatest strengths – its pluralism.

5. Nationalism

The final theme that resonated among PAS’ new leadership is nationalism. There is clearly a harping back to the past when the party was driven by the nationalistic spirit that underscored Malaysia’s independence movement. This element of nation-building, of ethnic integration, of collaboration and spirit of hope is a fundamentally new message.

Lima perubahan ini akan membuatkan PAS lebih hebat dan kuat – menurut kata Kit Siang. Ana setuju sangat. Negara berkebajikan adalah satu idea yang hebat. PAS juga berjanji nak menyediakan peluang ekonomi yang samarata samarasa. Adil buat semua kaum. Mat Sabu juga setuju – supaya negeri pimpinan PAS meniru kepimpinan DAP di Pulau Pinang. Semua ini akan menjanjikan PAS yang lebih kuat – lebih mampu memenangi hati masyarakat Cina di Malaysia.

Ana yakin, kalau orang seperti Kit Siang pun boleh sokong PAS – takkanlah Melayu tak nak sokong PAS kot! Tak malu kah kepada Kit Siang….