Ana nak ambil kesempatan untuk memuji lantikan baru yang dibuat oleh Presiden dan seluruh AJK Pusat baru-baru ini. Ana menerima komen yang sangat positif daripada kawan-kawan kita di bawah – yang nyata seronok dengan komitmen baru untuk kita berubah di segenap lapisan kepimpinan. Memang berani. Memang sangat berani. Tak kisah dengan apa sahaja kemungkinan masalah politik yang akan timbul – namun PAS lebih berani mengemukakan perubahan dalam parti.

Ada kawan-kawan UMNO ana di Wangsa Maju turut memberikan komen positif. Kepada mereka, Haji Hadi JAUH lebih berani daripada Tok Jib (yang selalu serabut perut dan kecil ***** bila nak buat perubahan). Mereka kata, Haji Hadi ahli politik anak JANTAN. Tidak merasa takut dengan apa sahaja masalah yang bakal timbul.

Bayangkan, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor/EXCO Kerajaan Negeri pun ditukar dengan selamba. Memang ada sebab. Kita tahulah. Orang sama juga yang tak segan silu nak mengutuk kepimpinan PAS sendiri. Banyak keputusan di Selangor – khususnya dalam isu melibatkan kepentingan Islam selalu dipinggirkan. Namun begitu, keberanian Haji Hadi nak TUKAR dengan pemimpin yang lebih mesra rakyat adalah tindakan yang wajar dan tepat. Malahan, ana diberitahu bahawa ketetapan telah dibuat; bahawa PAS akan bersetuju sekiranya jawatan EXCO Selangor juga dirombak bagi mempersiapkan parti dengan pilihanraya. Memang macho dan berani habis.

Bukanlah soal Hasan Ali ini orangnya terlalu ulama’. Tidak juga. Pada kita, memang dia orang profesional. Urban planner. Pro lah tu. Bukan dia habis mengaji Islam ke apa. Mengaji urban planner. Tapi dalam membangun PAS di Selangor – ilmu urban planner dia tak pakai. Tak guna langsung. Lebih suka dengan acara-acara rasmi. Bab parti; macam diletakkan di kelas nombor dua. Mana boleh. Memang patut pun ditukar.

“Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka,” katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Samalah juga dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Haji Wahid memang pemimpin masa depan Terengganu. Bijak. Pandai. Bercakap sedap. Menewaskan calon pilihan Perdana Menteri pada waktu itu – PM Tidur Abdullah Badawi. Ini semua aset kita. Ini semua mereka yang mampu kukuhkah parti.

Tapi, ana dapat juga sms – bagaimana pemimpin macam Ustaz Adam Ahid (Sarawak) yang sepatutnya ditukarkan dengan orang lebih muda. Banyak sms ana terima daripada PAS Sarawak; minta agar keputusan diubah. Ana tak fikir boleh ubah lagi. Dah buat keputusan. Sama juga dengan PAS Perak. Pun ada ramai yang rasa tak puas hati. Ada yang cadang – Mujahid Yusof Rawa dilantik jadi Pesuruhjaya PAS Perak. Ana baca sahaja sms yang dihantar. Ana tak forward kepada pimpinan pun.

Kita sama-samalah mendoakan agar semua mereka yang dilantik akan melaksanakan amanah masing-masing dengan baik. Jangan tidur dan leka. Jangan alpa dan sedap dengan jawatan sahaja.

* bagi pihak Surau AtTaqwa Keramat Au5d; Surau kita…terima kasihlah PM sebab bagi RM2juta. Bagi duit kami terima…undi TIDAK SAMA SEKALI!!! Hahaha….

Advertisements