Pada ana, berdasarkan keputusan pemilihan Muktamar baru baru ini – PAS memang ada potensi yang besar untuk mendapatkan dokongan orang muda terhadap parti Islam ini. Ana nampak, kumpulan anak muda yang dipilih adalah kalangan mereka yang mempunyai kemampuan; ada akar agama yang baik – sekaligus mampu mendokong hasrat parti untuk meletakkan Negara Berkebajikan sebagai landasan perjuangan.

Semuanya berpotensi dan mampu. Itu ana kena puji kalangan perwakilan Dewan Pemuda yang telah membuat pilihan yang matang dan sesuai dengan kehendak zaman. Kita perlukan generasi al-kahfi; yang ada keimanan yang kuat; dalam berdepan dengan sebuah kerajaan yang zalim dan korup. Kalau dilihat kepada senarai yang dipilih perwakilan; ana rasa harapan PAS adalah sangat tinggi dan berpotensi.

Adanya individu seperti Nik Abduh, Raja Is (bekas pemimpin pelajar di UIAM), Khalil Hadi (anak TG Haji Hadi) menampakkan perwakilan matang dan membuat pilihan tepat. Kita menginginkan kalau boleh – semua yang berada dalam barisan kepimpinan Dewan Pemuda ini diberikan ruang bertanding dalam pilihanraya akan datang. Nik Abduh. Raja Is. Nasaruddin semuanya memang dah wajar diketengahkan sebagai calon. Yang lama-lama, dah tak berapa larat nak pegang jawatan dan berkhidmat kepada rakyat – kenalah beri laluan kepada anak muda yang mempunyai idealisme menggunung tinggi.

Permanent chairman: Misbahul Munir Masduki
Deputy permanent chairman: Kamal Ashaari
Chief: Nasrudin Hassan – uncontested (Terengganu)
Deputy chief: Nik Abduh Nik Aziz 260 (Kelantan)
Vice-chief: Dr Raja Ahmad Raja Yaakob 421 (Perak)
Riduan Mohamad Noor 561 (Kuala Lumpur)
Khairul Faizi Ahmad Kamil 502 (Johor)
Ahmad Baihaki Atiqullah 493 (Kelantan)
Mohd Adram Musa 427 (Selangor)
Kamarulzaman Mohamad 328 (Kuala Lumpur)
Ahmad Fadli Shaari 325 (Kelantan)
Khalil Abd Hadi 320 (Terengganu)
Mohd Nazri Chik 307 (Kuala Lumput)
Mohd Yusri Mat Piah 269 (Penang)
Mohd Sany Hamzan 282 (Selangor)
Syed Abdul Kadir Syed Husin 275 (Selangor)
Mohd Nor Hamzah 287 (Terengganu)

Kalau tengok kepada pembahagian Negeri pun – memang semuanya layak bertanding di kawasan masing-masing. Khalil Haji Hadi sebagai misalnya; dah boleh bertanding di peringkat DUN. Sama juga dengan Nik Abduh. DUN ada peluang menang dengan lebih besar.

Nama yang lebih besar; seperti Ustaz Nasaruddin – WAJAR dan PATUT diangkat sebagai calon Parlimen di Terengganu. Barulah ada power. Sama tinggi dengan Ketua Pemuda UMNO yang insya’Allah tidak akan diberikan ruang lagi di Rembau. Ustaz Nasaruddin, ana rasa – bertanding di mana sahaja boleh menang di Terengganu. Kuala Terengganu ker – insya’Allah. Nama ada. Kerja kuat. Idealisme tinggi. Percakapan molek. Apa lagi….

Cuma Dewan Pemuda kena beri kekuatan sedikit mengenai calon di Johor. Kesian. Seorang sahaja ada dalam Dewan Pemuda. Kena tambah dengan jawatan lantikan. Perkenalkan lebih ramai calon anak muda Johor dalam PAS.

Ana mendoakan kumpulan anak muda ini bersungguh memperjuang Negara Berkebajikan. Jangan toleh ke belakang. Maju ke depan; dan perkukuh PAS dengan perjuangan luhur. Orang separuh umur macam ana akan bagi sokongan.

Advertisements