Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
“Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku “ibu-bapa” kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep “Welfare State” selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan
Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
- Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
- Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
- Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
- Menurunkan harga petrol dan gas.
- Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
- Melaksanakan akta gaji minima
- Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
21 Febuari 2008
DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
—————————————————————————
Nah, ana sengaja nak kongsi benda yang sebenarnya dah lama dalam pemikiran PAS…cuma UMNO sahaja yang kata kita sudah TUKAR. Sendi dan perjuangan Islam tetap sama. Kita tukar slogan sahaja. Salah? Masalahnya, orang UMNO ini ilmu agama nya sangat cetek – sampaikan terlalu susah nak faham bahawa KONSEP NEGARA ISLAM – adalah konsep yang dinamik; bukan STATIK. Disesuaikan dengan masa dan keadaan – ia boleh berubah. FAHAM?
Jadinya, tak perlulah cemas sangat kalau PAS nak buat Negara Berkebajikan. Semua yuran, daripada sekolah rendah ke universiti akan jadi PERCUMA! Ada UMNO janji begini? Tak ada kan…harga minyak/gas semua turun. Ada UMNO janji begini? Tak ada kan.
Inilah asas negara berkebajikan yang sekaligus ISLAMIK sifatnya. Bukan Negara yang tidak dinaungi agama macam yang UMNO nak bawak.
Jun 9, 2011 at 11:48 pm
BORINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG…
Jun 10, 2011 at 11:56 pm
satu soklan. kenapa nak bekerjasama dgn dap? tahu kan prinsip dap macam mana?prinsip pkr macam mana.saya umur 16 tahun. cuma terfikir, adakah pernah kita terfikir org kafir ni menggunakan strategi intergriti, adil, telus pada peringkat awalnya hanya untuk mndpt kuasa. bila dah berkuasa nanti apa jadi?nak jadi macam di singapura ke? perancis?bila dah dapat kuasa nanti orang melayu dan islam dipandang sebelah mata je.
Jun 12, 2011 at 12:23 am
Negara kebajikan tu gimik politik je. tengok masa Hj Hadi perintah Terengganu dulu berapa lama boleh tahan? cakap saja berdentum-dentum bagai gegak gempita tapi akhir tunduk juga pada Anwar dan DAP!!!
Jun 12, 2011 at 2:46 pm
Salam,
Kita (PAS) telah pun ketinggalan jauh. KIalau kita fikir betul-betul dengan baik mengunakan akal pemberian ALLAH bukan ikutkan emosi, kita akan dapati bahawa Negara Berkebajikan telah pun di laksanakan olih BN (UMNO). Takh usah nak bohong dengan diri kita sendiri. Ini memang KENYATAAN.
Yang sebenarnya kita telah pun terasa MALU atau di AIBKAN olih para pemimpin kita (PAS) sendiri apabila menukar DASAR PERJUANGAN kita dari PERJUANGAN NEGARA ISLAM dan SYARIAT ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Kita dah buang jauh-jauh PERJUANGAN ISLAM. PRESIDEN kita sendiri kata dalam AL-QURAN tak ada NEGARA ISLAM.
NEGARA BERKEBAJIKAN yang macam mana kita nak laksanakan? Di KELANTAN, tanah-tanah yang di usahakan olih rakyat, kita rampas dan bagi kepada orang lain untuk di usahakan sebagai LADANG RAKYAT. Patut kah kita buat begini? JANJI-JANJI PILIHANRAYA kita tak tepati. Ini menepati sifat-sifat MUNAFIK. Kita ini (PAS) MUNAFIK?. Di Pulau PInang, orang-orang MELAYU dan ISLAM di pinggirkan. MASJID-MASJID kita di cerobohi olih KOMPONEN PR. Apa kita (PAS) buat? Kita (PAS) dok ikut saja apa yang di canangkan olih DAP dan PKR. Kita dah tak ada TELOR.
Olih kerana PRESIDEN kita telah membuat kenyataan untuk perjuangkan NEGARA BERKEBAJIKAN, maka kita mulai mencari dan membuat bermacam-macam ALASAN untuk MENYESUAIKAN dengan kehendak PRESIDEN itu. Kita tak fikir dengan waras.
Perjuangan lebih 30 tahun untuk menegakkan NEGARA ISLAM, kita campakkan ke LONGKANG. Begitu mudah sekali. Kita (PAS) tak ada peganggan. Kita ikut telunjuk orang. Demi nak berkuasa kita sanggup melakukan apa saja. Ini termasuk melakukan KEGANASAN JALANAN. Sanggup melihat NEGARA yang AMAN ini menjadi seperti LIBYA, SYRIA, TUNISIA . APA punya MANUSIA kita ni? Ini bukan MANUSIA. Ini HAIWAN nama nya.
Kita sanggup menyebelah di pihak yang SALAH. TERNYATA SALAHNYA, tapi pemimpin kita sokong dengan sepenuh hati. Kita kata ISLAM, tapi kita yang sebenarnya MUNAFIK.
MASYAALAH.
Apa yang berlaku ini adalah petunjuk dari ALLAH. Sesungguh nya PERJUANGAN KITA telah jauh terpesong. KEMBALI LAH kepada jalan yang telah di tetapkan olih ALLAH. Mohonkan keampunan dari NYA. Mohonkan HIDAYAH dari NYA. INSYAALAH, kita akan mendapatkan nya.
Ameen.
Salam.
Jun 13, 2011 at 4:13 pm
akhi kutai,
ana x setuju dengan pandangan enta bahawa kita sudah buang jauh negara Islam. ini yang kalangan kita pun x faham. perlu bezakan…dasar parti dan ‘strategi memenangi pilihanraya’. apa dosa negara berkebajikan yang kita nak tolak sampai macam itu sekali.
konsep baldatun toyyibah wa rabbul ghafur itu luas tuan. sangat luas. sudah barang tentu, payung besarnya adalah ISLAM. itu tuan, dan rakan rakan PAS yang lain kena faham. kita kena sedar dan tahu; lanskap politik kita dah berubah banyak. kita berkawan rapat dengan DAP di PP – dan ianya membantu Islam dalam banyak segi. peruntukan tambahan kepada sekolah2 agama – TAK PERNAH JADI ZAMAN TSU KOON. Tak pernah jadi!!!
apakah ini tidak memberi makna kepada Islam dan syiarnya? tak ada makna? tak penting? pendidikan agama untuk anak-anak kita tak penting? ini sebahagian daripada kebajikan.
apa yang web umno siar…melayu tak tahu malu….berniaga tanpa lesen; kotor; lepas tu marah bila lesen ditarik balik…salah DAP?
soal PAS tolak negara Islam tak timbul tuan…tak pernah tinggal pun. kita sayang dan dokong Islam. tapi disebabkan strategi politik …. kita dahulukan kebajikan. welfare state. macam di australia. macam di scandinavian countries. baru lah islamik.
negara kebajikan tidak akan jadi bawah umno-bn sebab mereka ini kroni. mereka tidak fikir rakyat. mereka fikir keluarga sendiri.
ini tidak islamik. kena ingat zaman Khalifah Umar Abdul Aziz – yang nak guna lilin kerajaan pun malu dan segan…kita nak bina kepimpinan tahap itu….x kisahlah dia cina dap; melayu pkr; india psm; atau melayu pas….itu kena faham sheikh. itulah indahnya Islam….
pandangan ana sahaja…