Ana nak ketawa apabila UMNO jadi cemas apabila TG Haji Hadi kata beliau TIDAK MINAT pun nak jadi PM. Ini sekaligus mengenepikan sama sekali macam-macam spekulasi KONONNYA PAS akan jadi lebih power dan hebat daripada PKR; sekaligus menjadi lebih layak mengetuai Kerajaan Malaysia pada satu hari nanti. Ana nak ketawa; sebabnya memang TV UMNO akan mengharapkan Haji Hadi mengatakan PAS memang ketagih nak jadi PM. Sudahnya kena tempelak dengan manis oleh Tuan Presiden. Cantik!

Dalam perjuangan, tidak semestinya kita letakkan jawatan PERDANA MENTERI sebagai matlamat akhir. PAS, matlamat akhirnya adalah menjadi sebuah parti yang menyumbang kepada kewujudan sebuah Kerajaan yang ‘berkebajikan’. Yang mengambil kira orang miskin. Yang ambil berat isu sosial. Yang ambil tahu soal agama. Ini yang kita perjuangkan. Soal, siapa PM itu apa pentingnya? Asalkan dia yang bakal menjadi PM ada integriti, kasihkan Islam – adil dan saksama; apa masalahnya?

Yang kita nak jatuhkan adalah kerajaan yang mengamalkan kronisme. Yang rasuah. Yang makan suap. Yang mengumpul kekayaan untuk 80 generasi. Yang tak mahu tengok rakyat jadi senang dan makmur. Oleh yang demikian, tanpa menjadi PM – tetapi menjadi rakan strategik yang mantap pun – PAS sudah cukup hebat.

Orang Melayu jangan terus jadi baghal; dibodohkan oleh Melayu Bangsawan yang mengkayakan diri mereka dan keluarga. Orang Melayu sudah tidak boleh dibodohkan lagi oleh pemain politik UMNO yang hanya nampak duit dan kemewahan. Orang Melayu dah benci dengan pemimpin yang makan siap dan rasuah. Jangan jadi bodoh lagi.

Kalau kita ditakdirkan, mempunyai seorang Perdana Menteri baru berbangsa Cina sekalipun – apa masalahnya? Asal dia tidak korup. Asal dia tidak rasuah. Asal dia tidak tolak Islam. Asal dia amal Negara Berkebajikan. PAS redha seredha-redhanya. Tak ada masalah.

Melayu UMNO sahaja yang cemas bila PAS kata kita tak mahu jadi PM. Pening kepala mereka. Konon nak kutuk Haji Hadi; PM pakai jubah yang tidak mempunyai karisma dan kemampuan. Busuk hati. Bila TG Haji Hadi kata TIDAK MAHU jadi PM: mula pening kepala.

Pada analah, memang UMNO sudah menjadi parti yang semakin takut dengan bayang sendiri. Ngeri dengan kemajuan PAS. Fobia dengan kemampuan kepimpinan baru PAS. Soal siapa nak jadi PM? Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh – atau Anwar? Itu bukan masalah UMNO. Kita akan biar rakyat yang tentukan. Kita kalau dapat jadi Timbalan Perdana Menteri 1 pun dah cukup kuat. Jaga Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang. Itu impian kita.