Ana tengok, orang UMNO memang dalam keadaan takut dan phobia dengan konsep Negara Berkebajikan yang kini menjadi modul pembangunan baru dalam PAS. Mereka cemas. Risau. Fobia. Keliru. Takut. Semua ada. Baik Najib takut. Muhyiddin pun takut. Anak Onn pun takut. Semua ngeri – apa kes? Kenapa semua orang takut kalau PAS dah bawa sesuatu yang lebih maju dan advanced. Kenapa ngeri?

Soal macamana PAS nak buat, itu soal kedua. Kita cadangkan kepada rakyat. Ini alternatif kepada model ekonomi bangsawan dan oligarki yang UMNO bawa sekian lama. UMNO jadi risau, kekayaan yang mereka ada selama ini akan hilang sekelip mata; kalau PAS memerintah dengan adil dan saksama. Sampai macam itu sekali ketakutan yang mereka rasakan? Ana nak ambil satu blog antarabangsa yang membayangkan bahawa tindakan PAS adalah tepat dan kena pada masanya.
The concept of social welfare in Islam, in a nutshell, can be summarised as follows:

Ultimately, Islam seeks to create a system where justice, not profit reigns supreme. Islamic economics has two primary goals: to combat poverty and provide for a just and equitable distribution of wealth. The Islamic state does this through a variety of voluntary and mandatory mechanisms. For example, Zakah, a powerful redistributive tool, transfers money from the hands of the rich to the hands of the poor through charity. The abolition of riba prevents unfair lending schemes which penalize the poor. In addition, the state is required to provide each citizen with a minimum standard of living. As the Prophet (sws) said: ‘Any ruler who is responsible for the affairs of Muslims but does not strive sincerely for their well-being will not enter Paradise with them’ (Muslim, vol. 1, p. 126). Yet, at the same time, Islam achieves balance and maintains economic freedom by securing the individual’s right to private property.

Blog yang sama telah memuji tindakan PAS untuk membawa konsep yang lebih bersifat tengah dan sederhana. Pada penulis antarabangsa ini, PAS sudah semakin maju dan bersedia untuk bermain politik dalam pentas yang serba baru.

Apakah kita menjanjikan suasana ekonomi yang bersifat sosialisme. Tidak juga. Kita nak berikan kesenangan dan kemudahan kepada mereka yang berhak mendapatnya. Soal samada ianya sudah berjaya dilaksanakan di Kedah dan Kelantan itu soal lain. Janganlah nak cari salah dan kelemahan.

Kelantan dan Kedah miskin bukan sahaja bawah PAS. Masa zaman UMNO lagi dah miskin dan kedana. Jangan nak buat cerita.

Tetapi kalau miskin harta; tetapi Negeri disaluti dengan ilmu dan syiar Islam yang luhur apa salahnya? Apa kurangnya? Janganlah banding Kelantan/Kedah dengan Selangor dan Pulau Pinang. Pulau Pinang baru sahaja dapat pelaburan berjumlah RM900 juta daripada sebuah syarikat Singapura. Atas dasar apa? Cina tolong Cina. Kita di Kelantan dan Kedah masih lagi mengharap syarikat dunia Islam dapat masuk dan membawa pelaburan ke Kedah dan Kelantan.

Ana nak cadang, agar Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah lebih kerap pergi ke Turki/Iran dan sebagainya. Cari peluang ekonomi. Jangan duduk diam. Cari dan panggil syarikat dunia Islam masuk ke Kedah dan Kelantan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

World Rank Company Industry Revenue
(billion $)
Profits
(billion $)
Assets
(billion $)
Market Value
(billion $)
274 Garanti Bankası Banking 9.75 2.06 77.02 16.06
288 Türkiye İş Bankası Banking 10.97 1.61 86.34 12.60
321 Koç Holding Conglomerate 36.34 1.32 41.80 7.45
343 Akbank Banking 8.06 1.16 60.23 15.75
414 Sabancı Holding Conglomerate 12.93 0.78 65.24 7.33
534 Halk Bankası Banking 5.76 1.05 33.17 8.10
609 Vakıfbank Banking 6.25 0.81 35.48 5.93
666 Turk Telekom Telecommunications 6.82 1.18 8.97 11.25
683 Turkcell Telecommunications 5.89 1.55 8.00 13.19
934 Enka İnşaat Construction 5.87 0.50 7.63 7.29
1507 Turkish Airlines Transportation 4.00 0.74 5.10 2.87
1872 Doğan Holding Conglomerate 8.17 0.05 6.80 1.68

Cubalah bawa masuk bank dan syarikat utama Turki seperti Sabanci ke Kelantan dan Kedah. Cuba. TG Nik Aziz mesti cuba dapatkan pelaburan besar dari Turki. Jangan duduk diam. Guna Anwar untuk tarik pelaburan ke Kelantan dan Kedah.