Ana masih lagi kepenatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan sejahtera. Muktamar PAS berjaya menjadi medan kita menyatukan hati dan membentuk pasukan baru khusus untuk berhadapan dengan pilihanraya. Walaupun dalam post awal, ana selalu mengatakan bahawa pilihan ana adalah Tuan Ibrahim Tuan Man, namun apa yang telah diputuskan oleh perwakilan adalah yang terbaik untuk parti, insya’Allah.

Kita memang tak perlu nak ikut sama dengan ulasan bahawa ada pertembungan Erdogan dan Ulama’. Ucapan penggulungan TG Presiden telah menyatakan yang ada hanya pasukan Hadi dan Nik Aziz. Alhamdulillah. Kalau Tuan Ibrahim kalah pun – tapi hubungan baik Presiden dan Mursyidul Am akan mengukuh; ana redha. Kawan-kawan pun nampak seronok semacam. Baguslah.

Tuan Ibrahim, Ustaz Nasa – mesti diberikan tempat dalam hiraki kepimpinan PAS yang ada. Mesti. Ini tidak ada alasan. Kita jangan suka sangat meminggir pemimpin. Mesti bawa masuk dan berikan fungsi yang lebih baik. Kita bukan macam UMNO. Tengok bila Mat Taib Tyson kalah. Meratap hiba di Kelana Jaya. Merajuk. Langsung tak bantu parti. Mahu tak mahu, dia masih ada pengaruh. Tapi bila parti ketepikan – hancur dibuatnya.

Kita kena bawa semula rakan-rakan dalam kepimpinan. Jangan tinggalkan. Bentuk jawatankuasa khas. Beri mereka jawatan dan peranan. Baru seronok.

Ana cuma risau bila Raja Petra buat pengumuman bahawa dia mahu kerjasama dengan PAS dalam berhadapan dengan pilihanraya. Memang kita patut berkawan dengan sesiapa sahaja; tetapi RPK ini sudah ok ka? Takut jadi masalah kepada parti. Ana tengok analisa RPK mengenai Muktamar PAS juga boleh tahan tajam. Antara yang RPK nyatakan:-

  • PAS akan beranjak ke tengah; berbanding terlalu ‘kanan’ dalam approach politik;
  • PAS akan lebih mudah bekerjasama dengan DAP;
  • DAP akan turut beranjak ke tengah; bagi membenarkan masyarakat Cina menerima PAS
  • Peranan PKR akan ‘berkurang’;
  • PAS dan DAP akan dapat menjalinkan kerjasama strategik;
  • PAS akan tampilkan calon bukan Melayu
  • DAP akan tampilkan calon Melayu

Ini antara analisa RPK selepas muktamar. Ana boleh kata setuju jugalah. Memang lebih mudah nak berurusan dengan DAP berbanding PKR. Memang. Dalam siri pilihanraya, ana tahulah. DAP tidak kedekut wang dan ilmu. Sanggup berkongsi. Tak macam PKR. Kuat janji.

Kita kena percaya dengan pilihan perwakilan. Kalau Mat sabu jadi pilihan. Kita kena terima. Demikian juga dengan barisan Naib Presiden. Walaupun ana mengharapkan Nizar menang Naib Presiden bagi menarik minat pengundi Cina kepada PAS.