Semua perwakilan yang ana jumpa semalam di KL – semua bercakap benda yang sama. Kepimpinan ulama’. Mereka nak tengok latar belakang dan prestasi calon. Calon mesti ada nilai Islam yang kuat dan mantap. Baru kena dengan PARTI ISLAM. Ana tarik nafas lega; kalau ini adalah komitmen yang mereka mahukan – Muktamar kali ini akan menyaksikan perubahan. Percayalah. Akan ada upset. Orang yang ‘belanja’ banyak; belum tentu menang. Orang yang tak ‘belanja’ langsung; belum tentu kalah. Sangat menarik.
Dalam perasmian Pemuda; Ustaz Nasa menggunakan sebaiknya pentas ucapan dalam menyampaikan wawasan dan kemahuan dirinya sebagai Timbalan Presiden parti. Sayangnya, seorang insan yang memang tak mahu Ustaz Nasa menang – merasmikan pula Muslimah. Sudahnya, kelebihan Ustaz Nasa sudah hilang.
Ana diberitahu oleh Sekretariat – adalah menjadi permintaan Mursyidul Am PAS untuk hadir di Perasmian Wanita. Dalam Muktamar (pemilihan) yang lalu – Nasa rasmikan Muslimah dan Pemuda. Sudahnya, habis ‘cai Kelantan’ dimandikan oleh perwakilan. Mursyidul Am naik hangin. Kali ini, mesti asingkan – dan Mursyidul Am diberikan peranan yang lebih besar. Nampak sangat ada permainan peringkat tinggi.
Memang ada perwakilan yang turun awal ke KL – disebabkan penajaan bilik/makan/minum yang ditanggung beres. Musim bertanding memang begini selalunya. Kita makan dan tidur sahaja. Bila malam; kita carilah mana-mana tempat untuk mendengar ‘amanat calon’. Pilih sendiri.
Nizar (mantan MB Perak) nampaknya adalah calon yang digemari. Mereka suka sebab Nizar pandai cakap Cina. Senang nak jual PAS di kalangan orang Cina; khususnya di kerusi yang bercampur-campur. Husam sudah semakin perlahan. Ustaz Deris juga calon favourite untuk menang.
Pemuda ana malas nak campur. Ini semua pemain politik yang belum ‘berkhatan’. Macam budak-budak. Kejap kiri. Kejap kanan. Sebab itu ana tak heran langsung dengan pemilihan Pemuda PAS Pusat. Memang tak ada nilai langsung. Entah mana punya mamat nak bertanding. Bukan ada sumbangan kepada parti pun. Belum lagi mereka yang menumpang sebab menjadi anak menantu kepada pemimpin tertentu. Macam KJ dengan Pak Lah pulak.  Bosan!!!
Muslimah lebih ada nilai daripada Pemuda. Dalam intipati dan nilai perjuangan.