Ana nak tergelak pun ada dengan kajian yang dilakukan Social Matrix Research (SOCMAT) yang memberikan penilaian bahawa sokongan kepada TG Nik Aziz semakin merosot banyak. Nak percaya? Entahlah. Tak tahu di mana puak bodoh SOCMAT ni buat kajian pun kita tak tahu. Mungkin buat kajian di Jeli. Atau di kawasan Pasir Mas. Ataupun mereka buat kajian di kawasan UMNO yang pastinya menolak TG Nik Aziz.

Ada kawan-kawan dari Kelantan yang cemas. Tanya ana, macamana nak undi nanti? Kena undi calon yang TG Nik Aziz setuju atau tidak? Nak ikut saf Nik Aziz atau saf TG Haji Hadi? Ana pun jadi pelik dengan kawan-kawan PAS ni. Semua nak kena tanya orang. Ana memang dari dulu peminat TG Haji Hadi. Ana kalau beri pendapat memang berat sebelah. Nak buat macamana. Sebab itu ana kata, ‘ikut enta la sheikh’. Enta yang buat keputusan. Ana pemerhati sahaja.

Menurut angka yang dibuat oleh SOCMAT; Nik Aziz hanya mencatatkan angka 48.3 peratus. Turun banyak. Antara sebab yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-

  • isu boleh bersahabat dengan syaitan;
  • isu Tuhan boleh mencarut;
  • isu ariff fahmi (anak menantu)
  • isu ladang rakyat
  • isu bazaar
  • isu husam (terlampau kaya)
  • isu terlalu rapat dengan Anwar
  • isu terlalu rapat dengan DAP

Puak SOCMAT ini tak berapa pandai buat kajian agaknya. Isu berkawan dengan setan dan tuhan mencarut dah lama selesai. Isu semantik. Isu main ayat. Itu pun tak boleh nak faham. Ariff Fahmi dah bersih. Ladang rakyat tak ada isu. Mantap. Yang lain-lain tu jadi alasan sahaja.

BN/UMNO kena faham bahawa TG Nik Aziz sudah berada di tahap yang tinggi. Dia buat apa sekalipun; UMNO akan tewas di Kelantan. Tak ada jalan. Rakyat senang dengan kepimpinan yang mudah. Ringkas. Kalaupun ada kekayaan yang dikumpul keluarga – apalah sangat dibandingkan dengan orang UMNO.

TG Haji Hadi wajar gunakan SOCMAT bagi memastikan pengaruh Nik Aziz semakin menurun. Kena buat. Walaupun orang akan tetap hormat kepada TG Nik Aziz; Haji Hadi kena bawa PAS ke tahap yang baru. Kena moden. Kena lebih berani. Kena lebih bersungguh nak suarakan isu islam. Tak ada pilihan. Barulah Presiden lebih nampak memimpin; bukan dipimpin. Kita tak mahu Haji Hadi jadi Gus Dur. Kena pimpin. Semua kena beritahu. Semua kena arah. Semua kena suruh.

Kelemahan dan kurang minat orang Kelantan kepada TG Nik Aziz memberikan Haji Hadi lebih ruang untuk menjadi lebih berkuasa dalam memimpin PAS. Ini yang kita perlu.

Wallahu’Alam.