“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

==============================

=============

Alhamdulillah, ana tengok tidak berapa ramai sangat ahli PAS yang berada di Mahkamah Jalan Duta tempohari. Maknanya, sms daripada PKR kepada ahli-ahli PAS nampaknya tidak berjaya menghadirkan ramai ahli PAS di mahkamah. Bukan apa, semakin ramai ahli PAS yang rasa pelik; kenapa PKR perlu sms sendiri kepada ahli-ahli PAS untuk turun menyokong Anwar. Pelik. Apakah PKR tidak percaya dengan usaha PAS untuk menyokong Anwar? Apakah itu alasannya?

PKR kena faham; bahawa PAS akan berdepan dengan pemilihan sikit masa lagi. Ada yang kata; rapat dengan Anwar; maka calon akan menang! Tapi ramai juga yang kata; kalau terlalu rapat – perwakilan akan benci dan memastikan calon tersebut akan tewas. Tak tahu mana satu yang nak kena ikut. Nak dekat sangat dengan Anwar; takut nanti kalah. Jadinya, PKR kena fahamlah kalau ramai pimpinan PAS tak mahu pergi ke mahkamak tempohari.

Bukan kami tak sayang Anwar – tapi pimpinan PAS pun perlu fikir mengenai masa depan sendiri. Kalau rapat dengan Anwar boleh mengurangkan undi; kami ‘jauh’ la sedikit – demikian kata seorang Naib Presiden PAS yang ana temui tempohari.

Pada ana, semua ini ada logik politik. Anwar tak boleh lah nak harap PAS sentiasa dengan dia sepanjang masa. Ada ketika; PAS pun naik angin bila Anwar macam tak ‘bersungguh’ bab Islam. Ini yang jadi masalah kepada kita.

Bab sembahyang hajat; insya’Allah kita akan sentiasa buat. Tak kisahlah untuk Anwar; ataupun untuk ‘kebenaran’. Yang penting kita selalu buat.

Betul kata TG Nik Aziz; Anwar kena banyak bersabar. Perlu banyak istighfar. Kena tengok balik sejauh mana Anwar sudah ‘lari’ daripada setiakawan Islam. Macam kata orang ABIM. Ini bukan PAS yang kata. Orang ABIM yang kata. ABIM bukan suka sangat PAS pun. Tapi ABIM lebih ganas nak serang Anwar. Kita tengok sahajalah.