Apa sahaja yang mampu menguatkan politik PAS – ana memang sentiasa sokong dan memberikan usaha yang terbaik. Ana dan kawan-kawan; memang tak punya harta. Tapi kami memang sentiasa percaya, dengan mengambil jalan politik Islamiyy; kita akan mampu membawa perubahan besar kepada parti dan negara. Ini sebahagian daripada jihad dan sumbangan kita kepada masyarakat. Sudah alang-alang berada dalam parti Islam; tarbiyyah dan paradigma kita mesti tepat dan menurut jalan Islam.

Malam ini ramai kawan-kawan yang masih lagi tertanya-tanya samada kita perlu bersama dalam Munajat Rakyat di Selayang. Ana kata ya. Sebab TG Nik Aziz akan berada sama dalam majlis tersebut. Ini tandanya PAS akan bersama Anwar. Kita semua tahu Anwar akan dapat keputusan mengenai kes liwat pada Isnin nanti. 16hb Mei 2011. PAS perlu berada di samping Anwar ketika susah dan senang. Itulah yang selalu pemimpin kita ingatkan.

Yang perlu bermunajat bukan rakyat. Yang perlu bermunajat atau mungkin ber-uzlah adalah pelaku kepada perkara-perkara yang tidak elok. Bagi mengelakkan lebih banyak fitnah; Dr Wahbah sendiri pernah mencadangkan agar kita mengamalkan – uzlah. Mengasingkan diri. Kalau boleh ke dalam gua. Macam pemuda Kahfi. Tapi takkanlah sekarang ini Anwar kena pergi ke Gua Batu Caves? Atau ke Gua Kelam? Pastinya ada kaedah uzlah yang lebih baik; bagi seorang yang maksum seperti Anwar. Ana agak sahaja.

Ana bukan ulama’. Kita semua tahu itu. Justeru, keghairahan kawan-kawan dalam PKR nak meletakkan Anwar sebagai orang yang ‘maksum’; ana rasa tidak tepat dan tidak wajar. Anwar manusia biasa. Sepertimana Anwar selalu menghina PAS sewaktu dia di dalam UMNO; kita masih lagi bermain dengan pelakon politik yang sama. Anwar sentiasa memikir untuk dirinya sahaja. Tanpa meletakkan orang lain dalam sempoa politik masa depannya.

PAS memang berada dalam keadaan yang berbelah bahagi. Sampaikan ada yang kata; PAS sudah jadi dua kem. KSL dengan kem ANTI-KSL. KSL – Kem Sumpah Laknat. Kumpulan yang mahu Anwar ke depan dan melakukan sumpah bahawa dia tidak melakukan perkara yang dinyatakan. Nasharuddin Isa, Ustaz Harun Taib adalah antara mereka yang secara diam – mengakui bahawa inilah jalan politik terbaik nak membersihkan nama.

Kem Anti-Kem Sumpah Laknat adalah kelompok yang terdiri daripada Anwarista di dalam PAS. Anwar maksum pada mata mereka. Anwar ini tahapnya wali. Anwar ini tahapnya Kiyai. Anwar ini tahapnya Ulama’. Susah nak percaya; tapi kelompok ini juga ramai.

Tak semena-mena PAS sudah jadi dua; bukan kerana PAS – tetapi kerana orang lain. Rosak? Mungkin sahaja.

Anwar Wajar Ber-uzlah

Kalau mengikut kata Dr Wahbah; Anwar patut menyepikan diri dan melakukan uzlah.

Menurut Ibnu Katsir, sebagaimana dikuti Az-Zuhaili, tindakan mengasingkan diri kedalam gua sebagaimana pernah dilakukan ashhabul kahfi adalah di syari’atkan ketika terjadi fitnah atas diri manusia yang membahayakan agamanya.

Az-Zuhaili menafsirkan ayat diatas sebagai berikut :

“Dan ingatlah! Hai ashhabul kahfi akan seruan itu, yang muncul dari antara kamu kepada yang lain. Ketika kalian berketetapan hati untuk melarikan diri, menyelamatkan agama kalian, maka asingkanlah diri kalian. Berpisahlah dengan kaum kalian seraya beruzlah secara fisik dan non fisik dengan berpindah dari tempat tinggal secara mental / kejiwaan dengan ketetapan tidak menyembah apa yang mereka sembah melainkan hanya kepada Allah semata”.

              Menurutnya, Allah memerintahkan mereka beruzlah secara fisik dengan cara masuk ke gua besar didalam gunung secara total. Ditempat yang sunyi itu mereka dapat memurnikan jiwa dengan beribadah kepada Allah dan mampu menjauhi orang – orang musyrik. Ini dilakukan mereka sehingga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada mereka dan memudahkan persoalan mereka serta menjadikannya bermanfaat.
             Berlindungnya para pemuda mukmin yang sebenarnya pemuda – pemuda terhormat masa kekuasaan “Diqyanus” yang kafir kegua adalah wujud pelarian mereka untuk menyelamatkan agama dari fitnah orang – orang kafir penyembah berhala. Peristiwa ini menjadi dalil yang jelas atas tindakan melarikan diri untuk agama dan hijrah untuk berpisah dengan keluarga, istri, anak, saudara, teman dekat, harta benda dan negara karena takut fitnah dan cobaan yang ditimbulkan oleh manusia.Soalnya, sediakah Anwar mendengar pandangan Dr Wahbah? Wallahu’alam.