http://youtu.be/il-etAT6WJs

Ana ada letakkan link video di mana Menteri Besar Kedah telah memberikan syarahan kepada dua balaci UMNO mengenai isu UUM. Ana kesian. Sebabnya, orang UMNO selalu tak faham isu. Selalu melompat dan akhirnya menikam diri. Maka, Aziz Sheikh dengan Mamat Sos ‘Zuza’ pun kena tarbiyyah oleh Menteri Besar Kedah. Langsung senyap. Malah dalam satu ketika, Aziz Sheikh macam mengakui bahawa PAS Kedah sudahpun menjalankan amanah dengan baik – bila Menteri besar jelaskan tentang Kolej Insaniah yang terletak di Kuala Ketil. Aziz termenung dan geleng kepala.

Aziz Sheikh yang ada macam-macam syarikat perniagaan pun kagum dengan cara MB PAS Kedah memerintah. Hebat. MB Kedah kita akui; Kedah miskin dan tak macam Selangor. Selangor ada fixed deposit Negeri berjumlah hampir RM5 bilion. Kedah dok ada ratusan juta sahaja. Itu pun MB kedah akui. Tapi bab UUM ni memang kisah pimpinan UUM yang tak tahu malu.

Dah dapat duduk murah selama 2 tahun; dia pulak minta tambah sampai 5 tahun. Siapa yang bangang? Hang jaga universiti; mestilah pandai cari duit. Mestilah pandai urus kewangan. Kalau miskin dan kedana; letak jawatan dan elok pi bersara sahaja.

UUM sudah dapat duduk ‘murah’ selama 2 tahun. Nak tambah lagi 5 tahun. Kerajaan Kedah bukan kaya kata MB Kedah. Mana nak boleh free macam itu sahaja. Kena fikir sama masalah budak-budak di Kolej Insaniah di Kuala Ketil.

Pada ana. kes UUM ini memalukan UMNO sahaja. Memalukan Mukhriz Mahathir yang tak sepandai ayah dia. Mukhriz cakap ikut suka. Tak ikut fakta. Sudahnya malu sendiri dengan MB Kedah yang hebat dan wibawa.

MB Kedah dah masuk politik lama sebelum Mukhriz bersunat. Tak payahlah nak ajar MB kita macamana nak urus negeri kedah. Kita pun dah pandai politik. Orang macam Mustapa Ishak (UUM) ini adalah seorang yang memang tak tahu malu. Jawatan mahu. Tapi tak tahu urus. Kalau nak main politik sangat. Bersara; dan mai bertanding pilihanraya. Kita tengok samada dia ada kekuatan atau tidak.

Soal pelajar UUM ni – pandai-pandailah depa nak hidup. Bukan salah depa. Salah pimpinan Universiti yang tak bijak dan baghal. Sudahnya, merintih minta derma dengan pimpinan PAS. Jenis tak tahu malu!!!