Memang ana dah lama tak baca suratkhabar yang selalu berpihak kepada kerajaan. Tiap hari kata kerajaan bagus. Orang lain jahat. Anwar kaki sodom. Tok Guru Nik Aziz ulama’ terompah. Haji Hadi pemimpin lemah. Paling baru – kata DAP nak bawa Malaysia jadi Negara Kristian. Pagi itu ana terpaksa baca juga suratkhabar ini. Bukan sebab ana nak menyokong. Tapi sebab ana nak tahu apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran orang media.

Ana memang sangsi dengan tulisan blog upahan UMNO. Tapi ana nak kita, rakan-rakan PAS cuba ambil pendekatan yang berbeza. Apa jadi kalau apa yang diperkatakan tersebut sebagai sesuatu yang mempunyai asas? Bukan cakap kosong.

Sebab itu ana kata, pengalaman berada di Sarawak memang mengajar ana banyak pasal missionary ini. Mereka rajin. Setiap hujung minggu masuk hutan. Setiap hujung minggu masuk pedalaman – berikan pendidikan mengenai Tuhan Yesus kepada orang yang duduk nun dalam di pedalaman. Mereka masuk. Mereka beri makanan. Mereka beri duit sedikit. Mereka beri macam-macam kepada penduduk. Mereka beri al-Kitab kepada orang ramai di pedalaman. Kita; orang Islam duduk senang lenang di Kuala Lumpur. Paling-paling pun, pergi masjid yang jauh sedikit. Pun duduk di masjid – tidak cuba mendekatkan diri dengan orang yang baru nak kenal agama.

Sebab itu, kepada mereka yang pernah berada di Sarawak agak lama; keterbukaan beragama di Sarawak ini luar biasa. Luar biasa. Tapi tak boleh nak salahkan Kristian kalau mereka yang kerja keras. Kalau mereka yang rajin jumpa orang di pedalaman. Kalau mereka yang rajin guna duit gereja untuk jadikan orang Kristian. Duit zakat yang berjuta ringgit; digunakan untuk tujuan lain. Besarkan bangunan. Akhirnya, bab tarbiyyah dan dakwah – ketepi.

Ana nak ingatkan diri ana; perjuangan kita bukan sekadar perjuangan politik. Kita kena main peranan bab dakwah. Benda ini kita tak boleh nak gerak sendiri-sendiri. Kita kena kerjasama dengan mereka yang ada duit dan dana untuk buat dakwah yang besar-besaran. Peranan ini yang ana rasa PAS sudah tertinggal lama. Kita buat PAS for All itu bagus. Tapi kalau ianya tertumpu mengenai undi sahaja; tak guna juga. Apa tujuan politik Islam kalau bukan untuk memperkembangkan agama.

Ana minta kita duduk berfikir sekejap – apakah harakat perjuangan kita ini benar-benar memperkukuh Islam. Ana minta sangat. Sebab bila ana balik dari Sarawak; ana masih rasa gerakan agama Islam kita ini belum mantap. Belum tersusun macam missionary di Sarawak. Mereka ada duit. Ada harta. Ada kesungguhan. Tapi kita sering bercakar bab politik.

Bab ini ana rasa, kita mesti buka perspektif baru dalam perjuangan. Kita kena tengok pandangan yang lebih luas. Kita benci kerajaan itu boleh; tapi kita juga boleh bekerjasama dalam perkara-perkara dakwah dan perkembangan agama Islam. Tak payah cerita seluruh negara; tengok sarawak sahaja sudah cukup. Memang macam Vatikan di Malaysia Timur. Ana ngeri.

Jangan ambil mudah dengan pendedahan kawan-kawan bloggers. Mereka mungkin anjing UMNO; tapi mereka cakap pasal Islam. Islam adalah asas perjuangan kita. Tapi kalau dah mereka lebih kuat cakap pasal Islam; ke mana kita nanti?

Jangan Islam ‘dipenyetkan’ oleh agama lain. Ana tak sanggup nak lihat realiti itu. Nau’zubillahi min zalik.

Advertisements