Kalau dulu, orang kata gandingan 2M ni Mahathir dan Musa. Kononnya gandingan paling mantap. Gandingan yang akan meletakkan bangsa di tahap yang tinggi. Sudahnya. Ke parit juga. Tak boleh nak kata bab-bab huruf ni. Setakat huruf sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Tapi dalam parti kita akan ada gandingan high level antara Mat Sabu (bakal Timbalan Presiden PAS) dan Naib Presiden nombor wahid (Mahpoz Omar). Ramai kalangan rakan-rakan yang menganggap ini adalah gandingan masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat. Dua orang yang kita sebutkan ini adalah kalangan yang sentiasa vokal dan mampu merosakkan imej UMNO dan kerajaan. Kekuatan Mat Sabu adalah dia tidak punya ‘master’. Mat Sabu jalan sendiri. Mat Sabu adalah seorang lone ranger. Gasak ikut suka. Husam pun tak lalu nak berentap dengan Mat Sabu ni. Buat habis duit sahaja.
Mat Sabu adalah lambang masa depan PAS. Vokal. Dekat dengan rakyat. Walaupun tak bijak mana dalam akademik; tetapi Mat Sabu ada kelebihan. Ceramahnya walaupun dikatakan kurang api sekarang; boleh ditambah api kalau menang jawatan Timbalan Presiden parti. Harapan nampak baik. Pencalonan jauh mendahului Ustaz Nasharuddin.

Apakah kredibiliti Mat Sabu yang kurang aura ustaz akan beri masalah kepada PAS. Tak semestinya. Yang alim/ulama’ kita dah kumpulkan dalam Majlis Syura. PAS perlukan fighter. Bukan lagi kalangan pemimpin yang lembut tengkuk dengan asakan musuh. Mat Sabu jatuh dan bangun dalam PAS. Berani. Dituduh macam-macam – zina lah apa lah; Mat Sabu tetap steady dan tegap. Ini yang kita mahu.

PAS tak perlu lah dokongan akademik dan terlalu Nilam Puri. Terlalu akademi Islam. Terlalu revealed knowledge sangat. PAS perlu pejuang. PAS perlu pemimpin yang vokal dan bijak mencari isu.

Mahpoz dan Mat Sabu adalah dua pemimpin yang boleh membawa PAS ke tahap politik yang lebih baik. Yang UMNO nak marah sangat Mahpoz nak kutuk UMNO tu sebab apa. Suka hati dialah. Mulut dia. Dia cakap apa pun; orang PAS akan tetap sokong dia. UMNO peduli apa.

Ana memang tunggu sangat gandingan ini dapat membantu TG Haji Hadi. Haji Hadi pun janganlah main endorse mana-mana pemimpin. Biar perwakilan yang buat keputusan. Biar perwakilan yang tentukan. Presiden kena duduk diam. Perhati sahaja.

Mahpoz memang patut carut/maki/hamun pun orang yang nak jahanamkan kita. Biar dia. Dia memang kaki sokong Anwar; itu semua perwakilan tahu. Tapi itu hak dia. Yang penting PAS boleh mantap.

http://youtu.be/2neBY1tC0Z8