Kita menilai kawan dan sahabat bukan dalam waktu kita senang. Kita menilai sahabat bukan pada waktu kita kaya. Kita menilai sahabat bukan pada waktu kita mewah. Kita dapat menilai sahabat sebenar pada waktu kita susah dan payah. Pada waktu kita tidak mempunyai sokongan dan tewas, kita memerlukan kalangan sahabat yang dapat menghargai persahabatan dalam erti dan makna yang sebenar.

PAS Sarawak petang semalam melakukan mesyuarat tergempar, bagi mencari respon di atas pengumuman kabinet bayangan yang dinyatakan oleh Wong Ho Leng (DAP). Kita bukan baru ini kenal Wong Ho Leng. Dah lama. Mamat DAP ini memang suka one man show. Tak suka bincang. Hanya melihat kepentingan DAP. Tidak melihat bagaimana kenyataan tersebut mampu menyebabkan PAS akan kehilangan tempat di dalam politik Sarawak.

Kita akur PAS kalah. Kita tahu PAS gagal menang. Tapi janganlah nak mengenepikan PAS macam itu sahaja. Sahabat tidak akan tinggal sahabatnya yang lain. Politik Malaysia bukan pasal Sarawak sahaja. Apakah DAP di Selangor tak perlukan PAS? Apakah DAP di Kedah tak perlukan PAS? Jangan ingat kekalahan PAS Sarawak sahaja.

Natural Resources and Good Governance – Wong Ho Leng;
Land Development and NCR Affairs – Baru Bian;
Finance – Chong Chieng Jen;
Local Government – Ling Sie Kiong;
Tourism, Heritage and Environment – See Chee How;
Rural Development – Chiew Chiu Sing;
Industrial Development – Yap Hoi Liong;
Public Health – Dr Wong Hua Seh;
Social Development and Woman Affairs – Violet Yong Wui Wui;
Public Utilities – Wong King Wei;
Infrastructure Development and Communications – Chiew Wang See;
Agriculture – Ting Tze Fui;
Housing and Urban Development – Fong Pau Teck;
Consumer Affairs – David Wong Kee Woan;
Religious Affairs and National Unity – Ali Biju and Haji Adam *

DAP letak juga nama Haji Adam Ahid untuk bergandingan dengan kaki mabuk ALI ANAK BIJU. Nak hina PAS? PAS Sarawak tegaskan banyak kali; meletakkan ALI BIJU untuk jaga kepentingan agama (khususnya ISLAM) adalah satu penghinaan. Lebih baik tidak perlu ada Ali Biju dalam jawatan itu. Ali Biju patut jaga ‘hal elwal tuak’; daripada nak jaga soal agama.

Kabinet bayangan Sarawak ini hanyalah agenda SYOK sendiri DAP. PAS Sarawak tetap mengatakan Ali Biju tidak layak jaga agama. NOKTAH!

Advertisements