Kaedah kita dalam menilai kepimpinan yang efektif mesti jelas dan tidak berdasarkan sentimen. Ini ingatan seorang veteran PAS di Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan kepada ana selepas solat Isya’ di Sentul semalam. Ana dengar sahaja. Memang itu yang elok dilakukan. Diam dan mendengar bagaimana orang tua menasihatkan kita. Jangan cuba nak berlagak kita ini pandai. Kalangan veteran PAS punya alasan dan asbab sendiri dalam menjelaskan keperluan mengekalkan Nasharuddin Md Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.

Jelas veteran itu lagi:-

– Nasha adalah antara pemimpin PAS paling kerap turun ke bawah sewaktu PRN Sarawak yang baru lalu. Bab duit ringgit tak pernah kedekut. (Ana tidak mampu beri komen sebab ana tak jumpa Ustaz Nasa di sana). Ana dan kawan-kawan di kawasan lain.
– Ustaz Nasa mampu menjadi pelengkap kepada Haji Hadi
– Ustaz Nasa dihormati kawan dan lawan. Waima Khairy Jamaluddin; budak pandai UMNO pun suka dan hormat kepada Ustaz Nasa.
– Ustaz Nasa dihormati pemimpin DAP
– Ustaz Nasa rapat dengan Anwar/Azmin
– Ustaz Nasa ada kenalan di kalangan ahli akademik
– Ustaz Nasa ada kemampuan untuk naik sebagai Presiden satu hari nanti.

Veteran PAS mengingatkan ana; bahawa PAS tidak perlu orang ‘berani; tetapi bengap’ (…beliau tidak menyatakan siapa). PAS juga tidak perlu orang yang ‘kaya; tetapi kedekut’ sebagai Timbalan Presiden. Pun ana tak tanya siapa yang dimaksudkan.

PAS kena kembali kepada politik zaman Asri. Cekap. Pantas mengintai peluang dan tidak terlalu setia dengan pakatan politik. Ana susah nak jawab bab ini. Hakikatnya, ana tidak pernah merasai kepimpinan Asri. Ana dah kenal dengan Almarhum Fadzil Noor sahaja.

Soalnya, PAS kena jelas bab ke mana sebenarnya kita nak pergi sebagai parti? Nak gerak sendiri? Atau kita nak bergandingan? Kalau nak gerak sendiri; apakah kita cukup kuat dan kental? Apakah kita cukup kekuatan nak berdiri sendiri?

Veteran PAS tersebut mengingatkan ana; jangan cepat sangat nak menyanjung individu. Kena tengok jangka panjang. Kena tengok kemampuan kita di bawah. Beliau memuji kepimpinan PAS Selangor yang disifatkannya sangat ‘berani’ dan cepat mendekati rakyat. Ana diam juga.

Ana tak mahulah nak persoal pandangan veteran PAS ini. Tak elok. Kita dengar sahaja pandangan beliau.

Ana pun memang tak ada masalah dengan Ustaz Nasa. Tapi ana sudah selesa dengan Husam Musa. Pada ana Husam lebih berkemampuan. Tak apa; nanti kita sambung cerita.

* terima kasih kepada rakan dari Kedah yang mengingatkan ana tentang perjuangan.

Advertisements