Alhamdulillah, ana selamat kembali ke pangkuan keluarga malam semalam. Puas dapat cium isteri-isteri (2) dan anak-anak. Mereka inilah sebenarnya sumber kekuatan ana dan rakan-rakan aktivis PAS seluruh Negara. Bawa jugalah tiga empat lima ekor terubuk masin. Buat rasa kenangan di Sarawak. Sewaktu menceritakan pengalaman di Sarawak; ana hanya memberikan gambaran bahawa masih ada peluang untuk PAS memberikan saingan di Sarawak. Masih ada.

Pada ana, perjuangan PAS di Sarawak bolehlah kita sifatkan sebagai JIHAD. Sungguh. JIHAD. Bandar Kuching pada ana adalah sebuah bandar yang tidak ada moral. Minta maaf cakaplah. Bandar yang terisi di dalamnya pelbagai kebusukan noda yang merosakkan masyarakat. Belum kita cerita tentang Gereja yang lebih banyak dari masjid. Belum kita cakap pasal anak muda Islam di Kuching yang hidup macam tak ada JALAN IMAN. Malah, ana sanggup kata mereka ini SESAT.

Bayangkan, kalau Jumaat, Sabtu dan Ahad; anak gadis Sarawak bersepah di Kuching dengan skirt pendek dan baju nampak coli. Naik berbulu mata kita menengoknya. Dosa memang dosa. Tapi kalau dah lalu depan mata nak buat macamana. Cubalah duduk di depan pintu Pullman sekitar jam 7-9 malam hari Jumaat. Anak gadis Melayu datang macam birah dan pelacur. Ana minta maaf cakap. Keluar kereta. Betulkan skirt. Tonjolkan dada. Lepak minum bir. Yang suka puak UMNO yang duduk dekat Pullman. Celik biji mata. Ana yang datang sekejap sebab ambil duit daripada PKR; jadi merah biji mata. Takut tengok budaya ISLAM di Kuching yang semakin rosak.

Belakang Pullman lagi teruk. Ada kelab yang bernama Piccadilly. Hancur juga. Lagi rabak. Ana tak masuk. Tapi pemerhatian ana dari jauh – KUCHING ini dah jadi macam SIN CITY. Kota DOSA. Tak tahulah apa perjuangan PBB di Kuching.

Maka, ana tak heranlah kalau DAP jadi lebih berkuasa di Kuching. Kita tak harap pun mereka ISLAM-kan Kuching. Tapi – memang ada keperluan itu.

Ana harap DAP Kuching akan bercakap mengenai SIN CITY ini di dalam DUN. Benda ini REAL. Rumah urut jangan cakaplah. Berlambak. Ada tu, difahamkan menggunakan penuntut Universiti. Demikianlah rosaknya Kuching dan Sarawak.

DAP kena cakap pasal Islam di Sarawak; berikan tekanan kepada Taib mengenai Dasar Islam yang nampak macam tak ada di Kuching. Kena.

Wajah LIBERAL Sarawak mesti ditukar kepada wajah ISLAM yang lebih mirip kepada PAS. DAP boleh main peranan.

PAS dapat hampir 20 ribu undi. Banyak berubah. Dengan 20 ribu undi ini – kita akan ZAHIRKAN Islam di Sarawak.

Serambi Mekah di Borneo – itu cita cita kami.

TAKBIRRR!

Advertisements