Banyak juga usaha yang perlu kita buat untuk memperbetulkan banyak salah tanggap pengundi mengenai perlantikan Baru Bian sebagai ‘KETUA MENTERI SARAWAK’ yang baru. Ramai pengundi Islam yang mula bertanya kepada kita: macamana kedudukan Islam? Apa pandangan Islam bila Kristian jadi Ketua Menteri? Apakah Baru Bian akan dapat menjaga kepentingan Islam? Apakah lambang salib akan bertambah-tambah di Kuching, Sibu, Miri kalau dah KETUA MENTERI nya seorang MUBALIGH?

Penat juga nak jawab. Kawan-kawan di Semenanjung kena bantu kita di Sarawak sini. Kita nak menang 5 kerusi sahaja. Tak banyak. Insya’Allah dengan doa dan kesungguhan semua; kita boleh berjaya.

Tapi; bila PKR sudah melompat dan secara sendiri melantik Baru sebagai KETUA MENTERI – kita sudah jadi masalah. Kita sudah tidak dapat menjawab pertanyaan pengundi.

PKR ini memang tidak menjaga sensitiviti pengundi. Yang jadi masalah adalah kita. Bayangkan seorang Haji di BETING MARO tanya; ‘…HALALKAH KITA MENGUNDI SEORANG MUBALIGH KRISTIAN SEBAGAI KETUA MENTERI?’

Seorang pemimpin tinggi kita pun gunakan jawapan; yang penting TAIB KALAH. Itu sahaja.

Ana minta maaf; tapi pada ana isu Baru Bian ini adalah isu pilihanraya yang sangat logik. Yang jadi masalah adalah kita yang cuba nak menang kawasan Melayu.

=====================

Pendidikan

Baru memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) Long Lellang (Tahun 1 dan 2) pada tahun 1966-67, SRK Long Semadoh (Tahun 3 dan 4) pada tahun 1968-69 dan juga SRK Long Napir (Tahun 5 dan 6) pada tahun 1970-71. Kemudian beliau menyambung pendidikan menengahnya di Sek. Men. Ker. Limbang (1972 – 76) dan lulus Senior Cambridge, kemudian di Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 – 78) dan lulus Higher School Certificate(HSC).
Pada 1979 hingga 1980 beliau bekerja sebagai cikgu sementara di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Selepas itu Bian menyambung pendidikan tinggi di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor di dalam jurusan Diploma Undang-Undang (DIL) selama empat tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1985, beliau mendapat ijazah Bachelor of Law (LL.B) di Melbourne University, Australia.

Kerjaya

Pada tempoh masa 1979- 1981, Bian menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kerajaan Medamit, Limbang, Sarawak. Selepas mendapat ijazah undang-undangnya, pada tahun 1986, beliau menjadi pelatih di firma Messrs Rashid & Lee, Kuala Lumpur dan diterima sebagai peguambela dan peguamcara Malaya.

Kemudian pada 1987 hingga 1988, beliau menjadi Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak. Seterusnya pada 1990, beliau menjadi rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, beliau bekerja di bawah syarikatnya sendiri, Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching, Sarawak, hingga ke hari ini.

==================================

Kita ni bekerja keras nak menang? Elaun…tak payah tanyalah. Duit sendiri dah keluar banyak. Kita bukan pekerja PBB; duit banyak.

Advertisements