Alhamdulillah, ana cukup bersyukur kerana TG Nik Aziz akhirnya akan terbang ke Sarawak; dan menjadi Wali yang membersihkan Sarawak daripada kekotoran politik yang dibuat oleh Taib selama ini. Kedatangan Wali Allah, TG Nik Aziz pastinya akan menyinari bumi Sarawak dengan nilai Islam dan keimanan. Inilah yang kita sama-sama harapkan. Agar kehadiran TG akan memberikan semangat baru kepada semua petugas PAS di Sarawak ini.

Kehadiran Nik Aziz akan menjadi petanda bahawa PAS Sarawak akan bersungguh memenangi lima kawasan yang kita tandingi. Peluang memang ada. Kita berhadapan dengan ‘tsunami duit’; tapi kita mempunyai kubu iman yang teguh dan kuat. Harapan kita, pengundi akan terus bersama dengan PAS sehingga ke akhir. Jangan berubah hati.

Kehadiran Menteri Besar Kelantan itu pada Ahad ini ditunggu mereka bukan sekadar sebagai seorang negarawan, sebaliknya tokoh agama yang disegani.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Shargowi Derahman berkata, rombongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut disertai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Selain itu Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah dan pegawai Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkifli Wan Muhamad.

”Pada malam pertama Menteri Besar akan mengadakan ceramah bersama pemimpin tertinggi DAP di bandar Kuching,” katanya di sini.

Manakala pada sebelah pagi 11 April Mursyidul Am akan berkempen di Dun Muara Muang yang ditandingi calon PAS, Norani Hamzah.

Pada penamaan calon semalam Noraini hampir menang tanpa bertanding apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud lewat mengemukakan penyata kewangan pilihan raya lalu.

Pengumuman parti yang layak bertanding paling lewat berlaku di situ.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerah penyata kewangan.

Ketika tempoh bantahan yang diadakan di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan peguam PAS membantah calon BN dari PBB tidakmengemukakan penyata kewangan.

Wan Zulkifli pula berkata, pada tengahari 11 April Menteri Besar Kelantan dijangka menemui beberapa pemimpin tempatan yang disegani rakyat Sarawak.

”Pada sebelah petang diadakan ramah mesra dengan keluarga Persatuan Anak Kelantan di perantauan dan malamnya ceramah di Dun Sadong Jaya,” katanya.

Dun terbabit juga ditandingi calon PAS, Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi. PAS mempunyai peluang cerah di situ memandangkan BN hanya menang tipis pada pilihan raya negeri lalu iaitu majoriti 858 undi.

Selain itu PAS juga berpotensi besar di Dun Beting Maro apabila menampilkan peguam muda, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

BN juga menang tipis pilihan raya lalu iaitu majoriti sebanyak 895 undi. PAS juga bertanding di Dun Tanjung Datu dengan mengetengahkan calon wanita, Nani Sahari menentang Tan Sri Adenan Satim penyang dari BN PBB.

Manakala Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid pula bertanding di Dun Sebuyau.

===========================

* mohon derma untuk Tabung politik kita di Sarawak. jangan kedekut. jangan bakhil. ini adalah derma di jalan Allah.